Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 15 April 2018

Politik : Saiful Bahari Baharom - Saya ada tetamu yang sangat menarik lunch tadi

Saya ada tetamu yang sangat menarik lunch tadi.

Beliau adalah seorang berumur lewat 40an, alumni West Point di dalam bidang “military and political strategy studies” dan berijazah Masters di dalam probability mathematics dan thesisnya adalah “Mathematical probability in political strategy”. Bijak geliga.
Saya bertanyakan pandangan beliau tentang PRU14.
Sesungguhnya beliau memberi pendapat dan kupasan yang amat menarik.
Katanya:-
Perdana Menteri sementera Pakatan Harapan sebenarnya bukanlah Tun Mahahtir tetapi DS Wan Azizah yang akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada suaminya.
Saya terkejut. Bukan Tun Mahathir?!
Apakah faktor-faktor yang beliau ambil kira untuk sampai kesimpulan tersebut?
1. Wan Azizah dan Nurul Izzah hanya berlakun menggunakan Tun Mahathir untuk sampai ke barisan penamat. Dari PRU-PRU lepas mereka tahu nama mereka tidak cukup besar untuk mencapai cita-cita DSAI untuk menjadi Perdana Menteri.
2. Keluarga DSAI does not trust Tun Mahahtir walaupun sedikit. Mereka sudah kenal Tun Mahathir berdekad lamanya dan mereka tahu perwatakan Tun Mahahtir semasak-masaknya.
3. Adalah tidak mustahil, malah adalah lebih lojik Tun Mahathir dengan apa cara pun akan memanjangkan tempuh DSAI di dalam penjara dan meletakkan anaknya, DP Mukhriz sebagai Timbalan Menteri.
(Malah, seorang yang rapat dengan DP Mukhriz pernah memberitahu saya bahawa dianya akan menjadi TPM suatu hari).
4. Tun Mahahtir terpaksa menggunakan parti PKR kerana beliau tahu terdapat kelemahan di dalam parti Pribumi dan sesungguhnya kelemahan ini telah terbukti.
Bukan itu sahaja, parti Pribumi tidak mempunyai jentera parti yang kukuh di peringkat akar umbi. Tun Mahahtir mengambil kesempatan semata-mata menunggang parti PKR.
5. Tidak ada sebab, jika DSAI di jadikan Perdana Menteri setelah dua tahun sepertimana yang di umumkan, untuk Tun Mahathir mempercayai (trust) DSAI untuk meletakkan DP Mukhriz sebagai pengganti DSAI, lebih-lebih lagi mengambil-kira umur Tun Mahathir sendiri. Masa tidak menyebelahinya.
6. Tun Mahathir menghadapi tekanan dalam dirinya untuk menggunakan segala apa yang beliau boleh gunakan untuk meletakkan anaknya sebagai Perdana Menteri atau paling kurang sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana memang beliau sedar masa tidak menyebelahinya.
7. Kenapa mustahak sangat Tun Mahahtir mahu anaknya menjadi Perdana Menteri?
Secara teorinya, ada kebarangmungkinan Tun Mahathir mempunyai proksi-proksi yang memegang sejumlah dana yang amat besar dan tanpa anaknya menjadi PM, proksi-proksi ini akan bertepuk gembira apabila mendengar pemergiannya kelak.
Dashyat kan pemikiran ini?
Fikirkan.
Lojik tak?

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...