Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 24 April 2018

Politik : Saya Tak Sanggup Jadi Pendusta Semata-Mata Untuk Kekal Jadi Calon DAP – Tan Seng Giaw

Saya Tak Sanggup Jadi Pendusta Semata-Mata Untuk Kekal Jadi Calon DAP - Tan Seng Giaw
Ahli Parlimen Kepong selama lapan penggal Dr Tan Seng Giaw berkata beliau tidak sanggup menjadi pendusta dengan memutarbelitkan kebenaran semata-mata untuk kekal menjadi calon DAP dalam pilihan raya umum (PRU).
Misalnya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), beliau berkata hasil siasatan mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak bersalah walaupun ia bertentangan dengan kehendak partinya sendiri.
Dr Tan Seng Giaw berkata beliau tidak sanggup melawan kedaulatan undang-undang, sanggup menjadi pendusta dengan menjadi sumber penyebar berita palsu serta menolak kebenaran semata-mata untuk menjatuhkan musuh politik partinya.
Mengapa Lim Kit Siang Telah 'Bunuh' Tan Seng Giaw
“Adakah anda mahu revolusi di Malaysia? Saya tidak mahu. Saya tidak fikir anda mahu revolusi di Malaysia berlaku. Kerana anda tidak mahu revolusi, maka anda perlu mempunyai perjuangan yang damai, yang kita panggil ‘perjuangan perlembagaan’ melalui aturan undang-undang.
“Dalam kedaulatan undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehingga dia terbukti sedemikian oleh pengadilan hukum.
“Apabila laporan Ketua Audit Negara keluar, saya membacanya berkali-kali. Laporan itu disimpan di bawah OSA. Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB membuat banyak kesilapan. Kami telah meminta siasatan lanjut untuk mengetahui kebenarannya. Tetapi untuk menyabitkannya dengan orang lain dan mengatakan seseorang itu bersalah, anda tidak boleh berbuat demikian.
“Dalam kedaulatan undang-undang, anda perlu mengeluarkan bukti, maka kita akan tahu kebenarannya,” katanya ketika ditermubual Fernando Fong dari NST.
Beliau turut mengesahkan pendiriannya berkaitan dengan isu IMDB yang tidak sealiran dengan kehendak DAP merupakan salah satu sebab beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU.
“Saya telah mendengar perkara ini di media sosial, khususnya daripada orang Mahathir, Matthias Chang.
“Pada masa ini, ramai yang memanggil saya sebagai ‘running dog’, seorang pengkhianat dan juga menghina keturunan bangsa saya.
“Orang-orang Kepong boleh membaca komen-komen ini di media sosial dan mereka boleh menilai sendiri.
“Masa akan menentukan siapa yang bercakap benar,” katanya.
Sumber: AIDC

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...