Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 20 April 2018

Politik : Skandal BMF Menurut Catatan CIA

※ Dokumen2 yang disimpan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) sejak tahun 1983 berkenaan skandal Bank Bumiputra Bhd dan anak syarikatnya, Bumiputra Malaysia Finance (BMF) telah tersebar melalui internet. Pendedahan oleh CIA telah membongkar kegiatan salah guna kuasa, salah laku dan rasuah di dalam pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Laporan dari CIA yang bertajuk "The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia's Mahathir?" mendakwa adanya kepincangan di dalam pentadbiran Perdana Menteri ke-4 apabila undang2 kerahsiaan perbankan Malaysia diwujudkan lewat setahun selepas SKANDAL BMF timbul. Perubahan yang berlaku dalam pengurusan di BMF menyebabkan CIA mensyakki ada individu2 tertentu di peringkat tertinggi dalam kerajaan Malaysia turut terlibat.
※ CIA mendakwa aspek paling buruk dalam hal skandal BMF ialah "kaitan George Tan (bekas Ketua Eksekutif Carrian Group) dengan pemimpin2 tertentu di pelbagai agensi kewangan". Secara ringkas, ianya skandal rasuah yang jatuhkan moral dan kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana Bank Bumiputra Bhd adalah bank milik penuh kerajaan Malaysia. Method dan cara Perbankan BMF di Hong Kong merupakan operasi perbankan yang menimbulkan banyak persoalan yang belum dirungkaikan lagi. Menurut CIA, ramai ahli perniagaan dan pegawai bank percaya kerajaan guna pegawai2 BMF sebagai kambing hitam dalam usaha mengelak pihak penyiasatan mengaitkan mereka dengan penyelewengan kuasa dan rasuah.
※ Skandal BMF membabitkan kos hampir AS$1 bilion (RM2.7 bilion ketika itu) melibatkan pinjaman kepada 3 spekulator hartanah Hong Kong termasuk Carrian Investment Group, EDA Investment dan Kevin Hsu antara 1979 dan 1983. Lebih menggemparkan lagi apabila juruaudit BMF, arwah Jalil Ibrahim yang dihantar untuk menyiasat kes pinjaman tersebut dibunuh di Hong Kong.
※ CIA mendakwa Tun Dr Mahathir pernah mengakui "amalan dan cara pemberian pinjaman BMF adalah langkah kurang bijak dan berjanji akan bertindak jika penyelewengan pengurusan terbongkar". Walaupun beliau berkali2 menafikan sebarang penglibatan, laporan CIA mendedahkan bahawa berdasarkan bukti mengikut keadaan, skandal itu meluas mencakupi sehingga ke dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir. "Sebagai bank milik penuh kerajaan, Bank Bumi dikawal rapi oleh ke-dua2 Kementerian Kewangan dan Bank Pusat. "Tiada keputusan penting dibuat tanpa kelulusan dan pengetahuan Perdana Menteri". Laporan itu mendakwa mustahil kerajaan tidak menyedari pertambahan had pinjaman bank tersebut. Beberapa pegawai BMF terlibat didapati ada hubungan rapat dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, yang ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selepas melepaskan portfolio kewangan. CIA turut mendakwa Tun Mahathir turut mempunyai hubungan rapat dengan Nawawi Mat Awin yang juga pengerusi bank tersebut.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...