Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 12 April 2018

Ready Player One


Sneak Preview : Ready Player One 
  1. Benda biasa : Penerbit dan pengarah filem, Steven Spielberg bikin filem yang bercorak fantasi dan pemikiran di luar kotak imaginasi.
  2. Benda luar biasa : Filem ini adalah gabungan antara animasi 3D dan juga filem biasa live-action/animated. Lebih kurang seperti filem lama, Who Framed Roger Rabbit 1988, https://en.wikipedia.org/wiki/Who_Framed_Roger_Rabbit. Tapi kelebihan filem ini penulis dapat rasakan ada sesetengah babak tertentu kita tak dapat nak bezakan antara gambar animasi dengan filem biasa (mungkin teknik animasi yang terkini adalah yang paling canggih untuk tahun 2018).
  3. Benda tak boleh jangka : Kena tengok sampai habis filem.
  4. Benda tak harap masuk dalam filem : Tak terfikir dari segi latar belakang filem ini, banyak lagu-lagu zaman 80 an dan juga kereta mesin masa dalam filem Back To The Future, https://en.wikipedia.org/wiki/Back_to_the_Future_(franchise) ada dalam filem ini. Satu kejutan dan ia juga merupakan satu ikon zaman 1980an.
  5. Benda motivasi dalam hidup : Kita tak boleh lari daripada masalah. Apabila kita bermain permainan video, memang boleh lupakan sementara masalah yang kita ada, tapi kalau kita tak dekatkan diri dengan Allah s.w.t. sampai bila-bila pun masalah kita takkan selesai.  Cuma sekurang-kurangnya, bila sibuk dengan permainan video, kita boleh lupakan seketika dengan masalah harian yang kita hadapi setiap hari. Kita sebagai orang Islam (Muslim), kita tidak dibenarkan minum arak, berjudi dan juga perkara-perkara yang ditegah dalam Islam. Selain itu, keburukan jika kita terlampau sibuk dengan permainan video, kita boleh dikategorikan sebagai manusia yang lalai dan membuang masa. Adalah lebih baik kita gunakan dan manfaatkan masa yang terluang itu dengan dekatkan diri dengan agama selain kita beramal soleh dan juga rajin-rajin baca Al-Quran. In shaa Allah, aamiin.
  6. Benda yang tak sesuai dalam filem ini : Walaupun filem ini adalah filem gabungan animasi dan juga filem biasa, perlu juga kanak-kanak dibimbing dengan ibu bapa mereka jika mereka menonton filem ini bersama-sama dengan anak-anak.  Akhir sekali...
  7. Benda unik tapi tak beberapa sesuai : Latar belakang filem ini tentang permainan video. Jadi bila kanak-kanak menonton filem ini tanpa bimbingan orang dewasa, nanti mereka akan fikir permainan video adalah satu pengalaman yang boleh membuatkan mereka hilang fokus dengan kehidupan seharian mereka dengan pelajaran. Hanya dengan pelajaran sahaja boleh mengubah masa depan dan nasib mereka apabila dewasa kelak.
Rating yang boleh diberi : 5 bintang ! (4 out of 5). 😁

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...