Jarang jumpa upline yang betul-betul ambil berat dan tanggungjawab kepada semua downline dia dalam business networking. Contoh paling mudah ialah, bila ada soalan daripada ahli sama ada dalam network dia ataupun orang tolong la jawab. Paling kurang bila menjawab dalam group whatsapp terhibur juga hati downline. Kalau dapat pulang duit mereka pun lebih baik. Mereka masuk business leader yang macam ini bukannya sikit duit.
Tiba-tiba bila dapat business baru terus sambar downline dia yang rajin tolong jawab soalan downline 'network dia bagi pihak dia'. Banyak cantik muka kamu ! Aku sendiri pun terkapai kapai nak tolong downline sendiri sekarang ini aku pula nak kena jawab semua soalan downline kamu pulak ! Sebelum ini dah le joint business sama dengan orang lain, bila apak aku dah left business itu buat business lain, kena pengaruh untuk masuk network dia pulak ! Bukan main sailang / cantas orang punya network. Ada masalah selesaikan sendiri pula itu....
Hahaha....nak tergelak je bila baca kenyataan suruh masuk business baru dia hari ini. Dah le duit petrol dan tol pun aku sendiri kena keluar duit. Kalau dekat boleh le gagah nak pergi. Ini nak pergi sampai ke Penang pun kena duit juga. Banyak cantik muka kamu ! Tak kisah le kalau kamu ada phD sekali pun, tapi kalau sikap kamu tak menunjukkan seorang yang layak dapat phD baik buang je dalam longkang. Kalau ada pangkat dato pun buang dalam sungai lebih baik....
Sebelum kamu ajak aku joint pun dah lama aku dah buat business baru....dah bahagia dengan upline baru leader baru....pada aku, leader untuk networkers yang terbaik adalah leader yang berkorban untuk semua downline dia bukan setakat keringat, penat lelah dia termasuk juga wang dan tenaga barulah networkers sejati. Alhamdulillah, aamiin.
No comments:
Post a Comment