Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 12 May 2018

Berita : DATUK SERI NAJIB LETAK JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta-merta selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Perkara itu diumumkan oleh Najib dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri barisan kepemimpinan tertinggi parti.
Najib memberitahu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas Presiden Parti manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula mengambil alih tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO.
Kedua-duanya juga memikul tanggungjawab serupa bagi tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.
Najib bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak akan sesekali meninggalkan UMNO.
“Saya beri jaminan saya tidak akan tinggalkan UMNO dan akan terus sokong UMNO kerana tiada parti yang ada tolok bandingnya dengan UMNO dan BN. Insya-Allah UMNO akan terus hidup,” kata beliau. -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...