Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan masyarakat agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar-khabar angin, kononnya wujud kacau bilau di dalam negara ketika ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, buat masa ini situasi keselamatan kekal aman dan terkawal.
“Dalam masa yang sama penyokong-penyokong parti politik dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perarakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
“PDRM akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden atau provokasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment