Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 11 May 2018

Kisah Masyarakat / Politik : Kisah Sebelum Mengundi Esok, 9 Mei 2018

hehehe. saja tulis sebelum ngundi esok
Esok ngundi. Kita dah dengar kebaikan dan keburukan. Tapi keburukan yamg kita suka sekali, sebab setan dan iblis pasti turut membantu kita.
Saya orang umno, yang masih setia kepada BN. Ada kawan2 yang mahu mencuba lari ke sebelah sana. Nak cuba, silakan. Itu hal kita masing2.
Cuma, dengan BN , ada kepastian dalam rencana keutuhan kerajaan malaysia. Kerana kita tahu, siapa PM, siapa berkuasa, siapa tempat akhir semua rakyat mengadu, termasuk menteri-menteri.
Di PH, kepastian ini tiada. Who has the final say? Kalau di segi politik, DAP lah. Walaupun kerusi jitu DAP kecil, tapi, yg jelas pengundi bukan melayu, cina misalnya, 90% solid DAP. Undi solid ini yang diberi ke calun Harapan yg Melayu.
Fikirkanlah bab ini. Kita kena ingat, negara kita, Persekutuan Tanah Melayu, atau Inggris gelar Malaya, dibentuk melalui ras-ras, races yang ada. Jadi Peruntukan dalam Perlembagaan ikut race. Sebab itu parti2 politik kita ikut races. Bukan sebab kita racist, tapi, pendekatan kita melalui Aggregation, bukan Assimilation seperti Indonesia.
Memang ada yang berkata , perkara2 Islam, Raja, Hak melayu tak boleh diubah walaupun 222 MP bersetuju. Tetapi, lihatlah di Singapura, bahasa rasmi mereka adalah Bahasa Melayu, adakah Singapura menggunakan bahasa Melayu?
Parti politik memerlukan kekuatan untuk bersuara dan bertindak. Kerana acuan kita ikut ras, kita kena ikut seperti orang cina yg memberi kekuatan suara pada ras mereka melalui DAP. MCA, Gerakan terlalu lemah bagi orang cina kerana mca gerakan dibawah naungan umno.
Malaya, sabah dan sarawak serta Singapura menubuhkan Malaysia melalui perjanjian bersama. Umno jadi teraju BN telah dapat menyatukan kesemua ini demi Malaysia. 
Kesilapan, semua kita lakukan. Tetapi, kita tidak boleh kompromi suatu kepastian, kestabilan politik Malaysia dengan memberi emosi marah kita menang sehingga kita tidak peduli.

Malaysia cemerlang. Berilah undi kita kepada BN .😇😇😇😇





No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...