Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 5 May 2018

Lanskap : ‘Banaue Rice Terraces’ Semakin Popular Kerana Thanos

Infinity War 4
Pada yang sudah menonton Avengers: Inifinity War, pasti ingat adegan selepas Thanos memetik jari yang menyebabkan separuh populasi bumi hilang menjadi debu yang berterbangan.
Thanos dapat dilihat sedang menikmati keindahan kampung halamannya. Tidak semua lokasi dalam filem ini dibuat secara CGI dan kampung Thanos ini antara yang wujud di dunia nyata. Tempat yang dimaksudkan adalah Banaue Rice Terraces yang terletak di Filipina.
Banaue Rice Terraces (Hagdan-hagdang Palayan ng Banawe dalam bahasa Filipina) adalah teres yang diukir di tepi bukit Ifugao oleh nenek moyang penduduk di sini. Tempat ini sering dilabel ‘Keajaiban Dunia Ke-8’ kerana keunikannya.

Kenapa ianya ajaib? Kerana teres ini dibina pada satu masa dahulu secara manual dengan tangan tanpa bantuan mesin yang canggih. Usia teres ini pula dianggarkan sekitar 2,000 tahun. Dalam kredit filem Avengers: Infinity War, lokasi ini turut ditulis pada kredit berkenaan dan pihak Indo China Productions turut berkongsi maklumat ini menerusi laman Facebook mereka.
Pihak kerajaan tempatan di Banaue Rice Terraces kini sudah bersedia sekiranya berlaku pertambahan jumlah pelancong ke sini selepas lokasi ini muncul dalam filem Avengers. Jika anda akan ke Filipina dalam masa terdekat, mungkin boleh tambah lokasi ini dalam itinerary anda.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...