Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 25 May 2018

Luahan Rakyat : Apa yang baru sebenarnya daripada Kerajaan Pakatan Harapan...?

Ahli Parlimen PKR Miri cadang usul mansuhkan status agama pada kad pengenalan

"Tiada BR1M untuk Melayu Pemalas. Penerima BR1M wajar bekerja sekurang-kurangnya minimum tiga bulan." Ong Kian Ming, Ahli Parlimen DAP Serdang.

Luahan DSN : 
"Selamat pagi. Alhamdulillah proses bertemu wakil sprm berjalan lancar. Cuma saya masih terperangjat. Semasa dalam perjalanan ke pejabat SPRM, driver saya singgah sekejap di stesen minyak. Tetapi saya tengok di panel pam minyak, harga masih lagi tak berubah. Ketawa saya seorang di dalam kereta. Dah berbuih mulut saya cakap sebelum PRU, jangan sesekali percaya dengan gula-gula PH." - Yang Berhormat Pekan.

Rakyat Perlu Desak PH Tunaikan Janji-janji 100 hari :-
1) Mansuh Tol
2) Mansuh GST
3) Pendidikan Percuma

Hidup Rakyat, Rakyat Hidup !

Apa yang baru sebenarnya daripada Kerajaan Pakatan Harapan...?

1. Program PERMATA yang dikatakan membazir akan diteruskan. ( walaupun sebelum kata mahu mansuhkan jika berkuasa dan menuduh kerajaan BN membazir)

2. Harga minyak ikut makenisma sedia ada (era Najib)

3. Ekonomi kukuh (magik betul. warisi negara ‘bankrap’ dalam 3 hari je ekonomi terus kukuh)

4. Tol tak dimansuhkan tapi hanya akan kaji kadar tol.

5. BR1M diteruskan dan bukan lagi dedak atau rasuah.

6. GST TIDAK DIMANSUHKAN tapi hanya diletakkan pada kadar 0%. Bila2 masa boleh dinaikkan.

7. Kos sara hidup tetap meningkat. Harga barang tak turun pun.

8. ECRL di teruskan juga walaupun sebelum ni RM 55 Billion dari BN, di ambil alih PH jadi RM 66 Billion. (Rafizi dan Tony Pua membisu)

9. Usaha sama dan kerjasama dengan negara China di teruskan (walaupun sebelum ni kata mahu batalkan segala perjanjian dan kononnya BN telah menjual negara kepada China)

Jadi....apa yang baru? Apa yang di lakukan kerajaan PH sekarang hanya menyambung apa yang kerajaan BN buat dulu. Tak malu sungguh kerajaan PH, Tak ada idea baru untuk menjadi kerajaan pusat. Hanya menceduk dan mencilok hasil kerja kerajaan terdahulu.

Setakat ni apa yang baru daripada kerajaan Pakatan Harapan adalah dengan semangat berkoba-koba dan bersungguh-sungguh untuk mempenjarakan DS Najib Razak. Itu sajalah yang nampak sekarang nih.

Jika Tiada Yang Berubah, Kenapa Perlu Ditukar?

Ingin ditanyakan, jika kesemua usaha dan projek kerajaan BN sebelum ini diteruskan, apalah ertinya laungan perubahan yang sering dilakukan oleh Pakatan Harapan semasa tempoh berkempen untuk menjatuhkan BN? Bukankah kesemua projek ini telah memberi manfaat besar kepada rakyat sejak 3 hingga 4 tahun yang lalu sebelum rakyat termakan dengan tipu helah Pakatan Harapan?




Kami yang mengundi PH untuk mentadbir negara dah tak mau tahu pasal 1MDB...PBB...B2B ke...sekarang ini dah nak masuk seminggu puasa...harga barang-barang takde siapa yang nak kawal ke...?...harga naik gila babi...janji dulu nak menyenangkan rakyat...jangan asyik nak berpolitik lagi lah...jalankanlah tugas yang diamanahkan...ehh sialh kerajaan baru ini...kalau macam inilah cara...memang jahanamlah negara...

Salmah Kadir : "11 billion kos ECRL bakal meningkat. Ini yang akan memanjang tempoh bayar hutang. Sekarang mungkin tempoh hutang dari 20 tahun ke 30 tahun. Mereka dah mulakan perangai lama sebaik dapat kuasa. Jangan nak tertipu dengan cerita beg tangan birkin, barang kemas dan lain-lain itu.. Itu semua ciput."

Dah undi, Keta tipu

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...