Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 27 May 2018

Luahan Rakyat : *PENUBUHAN PEMANTAU MALAYSIA BARU*


*PENUBUHAN PEMANTAU MALAYSIA BARU*


Assalamualaikum w.b.t. dan
Salam Sejahtera

Alhamdulillah, perhimpunan pertama kami hari ini telah berjaya mengegarkan Ibu Pejabat SPRM bersama anak-anak muda dan rakyat Malaysia yang cintakan Agama, Bangsa dan Negara.

Atas permintaan ramai supaya kita ada struktur yang tersusun, maka saya selaku *Presiden Suara Generasi Terbilang dan Dato’ Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia* telah sepakat untuk *menubuhkan PEMANTAU MALAYSIA BARU* yang terdiri daripada NGO-NGO atau individu yang secara sukarela ingin bersama dalam perjuangan ini.

Pemantau Malaysia Baru akan bertindak memantau Kerajaan Pakatan Harapan terutamanya dalam memastikan mereka menunaikan janji-janji yang telah mereka keluarkan sebelum PRU14.

Sehubungan dengan itu, NGO atau individu yang berminat untuk bersama kami, sila Whatapp:
1. Nama Penuh
2. Nama Pertubuhan (sekiranya ada)
3. No HP atau No Contact Person
4. No K/P
5. Alamat
Hantar ke 0135068893 Hamdan Mohd Salleh.

Sekian. Semoga perjuangan kita ini diberkati Allah s.w.t. dan semoga Pemerintahan Negara ini tidak lagi boleh bertindak sesuka hati dan sentiasa mentadbir dengan adil, saksama dan sentiasa mengutamakan rakyat. Terima kasih.

LOKMAN ADAM
Pemantau Malaysia Baru

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...