Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 29 May 2018

Luahan Rakyat : Seronok juga bila dah tukar kerajaan ni.

No automatic alt text available.
Seronok juga bila dah tukar kerajaan ni.
Kenapa seronok?
Seronok sebab kini rakyat kita boleh faham betapa besarnya hutang PTPTN yang tertunggak,sampaikan ada yang tak nak mansuh bayaran hutang.
Hutang wajib dibayar katanya.


Seronok sebab kini rakyat kita boleh faham bahawa pengutipan cukai oleh kerajaan itu perlu,sampaikan pengenalan semula SST tidak ada sebarang bantahan langsung, walaupun SST juga fungsinya sama seperti GST yakni mengutip cukai.

Cukai bantu jana pendapatan negara katanya.


Seronok sebab kini rakyat kita boleh faham bahawa pemansuhan tol akan beri impak besar dari pendapatan sukuk dan bon tahunan kerajaan, sampaikan ada yang mintak jangan mansuhkan tol.

Diskaun 50% jelah, risau nanti rakyat naik lemak semua nak free katanya.


Seronok sebab kini rakyat kita boleh faham bahawa harga minyak ni tidak dikawal kerajaan sebab harga minyak dunia ada turun naiknya, sampaikan ada yang kata rakyat kena bantu kerajaan lepas takda GST sebab pendapatan kerajaan kita akan bergantung kepada hasil minyak semata nanti.

Jangan dimansuh or dihapuskan sekian-sekian, takut jadi macam Venezuela katanya.


Selamat datang ke dunia realiti.

Sepatutnya kita tukar kerajaan lebih awal lagi.
Hihi.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...