Satu momen gambar keadaan bergolak antara orang Israel dengan pihak berkuasa Israel telah menjadi viral di internet.
Di dalam gambar yang ditangkap oleh jurugambar surat khabar Israel Yedioth Ahronoth, Shaul Golan itu terpapar dua orang lelaki Palestine sedang melindungi seorang polis wanita Israel daripada balingan batu-batu oleh orang Israel yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa Israel dan orang Palestine.
Keadaan polis wanita itu yang ketakutan sambil menangis telah mendorong dua orang Palestine menyelamatkannya dengan menjadikan diri mereka perisai agar wanita itu tidak terkena balingan batu oleh pendatang Israel.
Kejadian ini berlaku berdekatan dengan penempatan Israel iaitu Aish Kodesh dan di perkampungan orang Palestine iaitu Kusra di mana sekumpulan orang Israel menyerang petani-petani Palestine semasa mereka dalam perjalanan ke ladang pada hari Sabtu yang lalu.
Pihak Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB menganggap kawasan yang diduduki itu dibawah kawalan orang awam Palestine.
Apabila pihak berkuasa Israel tiba disitu, mereka turut dibaling batu oleh orang Israel yang telah menduduki secara haram di kawasan tersebut. Pada waktu itulah, seorang polis wanita telah terpisah daripada kumpulannya.
Lalu, dua orang lelaki Palestine yang dikenali sebagai Zakaria Sadah, pekerja ladang untuk Rabbis for Human Rights dan seorang lelaki Kusra telah membantu wanita tersebut dengan memastikan keselamatannya dengan menghantarkannya kembali ke pihak polis Israel.
Sebelum itu, Zakaria sempat menjerit; “Jangan tembak. Jangan tembak.” sambil menunjukkan mereka tiada senjata yang boleh membahayakan polis wanita itu.
Menurut Zakaria Sadah, pada ketika itu dia tidak kisah apakah jenis pakaian dan pekerjaan wanita itu. Dia hanya nampak seorang wanita yang ketakutan sedang menangis memerlukan bantuan.
Bagi Zakaria, manusia tetap manusia. Nyawa seorang manusia itu lebih penting berbanding apa yang orang fikirkan.
No comments:
Post a Comment