Mental state seseorang dapat diandaikan berdasarkan ucapan dan tindakan yang dia lakukan.
Apakah keadaan mental state seseorang yang mengulangi andaian bahawa:
1. Dia akan dibunuh sebelum 9 Mei 2018 (Hari mengundi PRU14). Saya tidak akan terkejut jika ada sandiwara cubaan membunuh Tun Mahathir dipentaskan.
2. Jet yang dia naiki disabotaj (walaupun dinafikan oleh syarikat pemilik jet tersebut dan pihak berkuasa)
3. Dia akan terlibat dalam kemalangan yang serius (tanpa mengemukakan bukti atau tanda-tanda)
4. Imigresen Kuala Terengganu menahan dan memeriksa dia (walaupun Pengarah imigresen Terengganu menafikannya)
Apa yang dapat kita kesan dan simpulkan dengan individu seperti ini?
1. Ucapan ini mungkin terhasil kerana dia berada dalam keadaan tertekan dan berasa tidak mampu untuk mengatasi kelemahannya
2. Dia ingin mencari alasan sebagai persiapan untuk mewajarkan nasib @ keadaan yang akan menimpa dirinya pada masa hadapan
3. Dia ingin mencari simpati agar dapat menyentuh hati orang dan ini dapat mengelak dirinya dari dipersalahkan jika sesuatu yang dia usahakan tidak berjaya.
4. Dia mempunyai super-ego yang tinggi dan berasa ia perlu diberi perhatian dan pembelaan serta mengelak dari dimalukan jika gagal
5. Dia gagal mengawal emosi dan berkonflik dengan perasaan dirinya sendiri serta menolak logik yang jelas.
Kesimpulan
1. Jika tekanan terus diberikan kepada orang ini, keadaan mental state nya akan lebih serius
2. Jika menerima tekanan yang beterusan dia berkemungkinan akan berhadapan dengan risiko kesihatan yang membahayakan
3. Kerisauan terhadap sesuatu yang mencabar egonya akan membuatkan dia mudah lupa, disoriented, membuat kesilapan, berilusi dsb
Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment