
oleh Ab Jalil Backer
1. Saya telah menyatakan hasrat untuk tidak memberi sebarang komen mengenai kerajaan baharu pada awal pentadbiran ini. Namun ada beberapa perkara membimbangkan saya bahawa ketika rakyat mengundi untuk negara wajah baru, kemungkinan yang wujud adalah rejim lampau dalam bentuk baru.
2. Tun Mahathir telah “mengugut” untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri Sabah jika ada unsur rasuah dalam pembentukan awal tanpa warisan. Ugutan sahaja sudah mencukupi untuk beberapa ADUN melompat kepada Shafie Apdal yang merupakan proksi Tun Mahathir di Sabah.
Apakah ugutan ini bukan satu bentuk “corruption”?
3. Namun yang membimbangkan saya ada usaha dalam Pakatan Harapan untuk memastikan Pendaftar Pertubuhan mengharamkan UMNO bagi mengurangkan kekuatan pembangkang.
4. Pengharaman UMNO tidak akan membatalkan kemenangan wakil rakyat yang telah dipilih. Ia hanya akan menyebabkan wakil rakyat sedia ada hilang parti dan melumpuhkan UMNO sebagai sebuah parti pembangkang.
5. Dengan lumpuhnya UMNO, parti pembangkang terbesar, maka Kerajaan hari ini bolehlah bermaharajela tanpa “check and balance” yang kuat.
6. Seorang peguam PKR juga secara terbuka membuat ugutan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemuh pentadbiran Tun Mahathir Mohamad dalam media sosial.
7. Hakikatnya, bukan mudah memegang kuasa kerana kita akan terpesona untuk kekal berkuasa, bukannya membangunkan negara. Anda boleh memberi pelbagai alasan kononnya UMNO juga bertindak sedemikian. Namun bukankah anda menjanjikan sebuah kerajaan yang lebih baik dari Barisan Nasional?
8. Apa pun masa akan menentukan sama ada kita ada wajah demokrasi baharu yang lebih terbuka dari semalam, atau kembali kepada demokrasi terpimpin zaman lalu.
No comments:
Post a Comment