Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 4 May 2018

Politik : Jawapan Kepada Surat Terbuka Mahathir Untuk Pengundi Langkawi

Jawapan Kepada Surat Terbuka Mahathir Untuk Pengundi Langkawi
Dalam surat terbuka tersebut Mahathir merayu pengundi di Langkawi memberi sokongan kepada beliau walaupun beliau telah keluar dari UMNO dan sekarang bertanding atas logo mata lebam. Beliau seolah mahu pengundi Langkawi rasa terhutang budi kepadanya dan dengan itu mestilah memilih beliau masa PRU14 nanti.
Kenapa Gambar Mahathir 'Diharamkan' Pada Poster Kempen PRU? Ini Jawapannya
Tolong jangan perbodohkan pengundi Langkawi dengan sekadar ungkit jasa dan budi. Sudah tentu ada yang menghargai tapi mereka tidaklah mudah diperbodohkan Mahathir untuk tidak mempersoal tindakan Mahathir sekarang ini yang telah bersekongkol dengan musuh beliau dari PKR dan DAP semata-mata mahu menjatuhkan DS Najib dan BN. Tindakan yang pastinya tidak dapat diterima pengundi Langkawi yang menjadi kubu kuat BN ini.
Selain ungkit jasa dan budi beliau, apa yang beliau mampu tawarkan dalam surat terbuka tersebut untuk masa depan pengundi Langkawi jika berjaya dalam PRU nanti? Apa misi dan visi Mahathir untuk Langkawi? Tiada langsung!
Zaman Mahathir, Tanpa GST Pun Malaysia Boleh Jadi 'Harimau Asia'

Baca Juga: Bagaimana Mahathir Telah Merompak Tanah-Tanah Milik Anak Langkawi
Baca Juga: Terdesak Mahu Sokongan, Mahathir Tuduh Najib Mahu Jual Langkawi Pula

Bandingkan dengan apa yang telah diumumkan oleh DS Najib berhubung peruntukan kepada pembangunan di Langkawi yang berjumlah RM1.315 bilion! Ada 5 projek melibatkan pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi bernilai RM500 juta, kuarters baharu petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baharu di Padang Matsirat (RM30 juta), menaik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang-Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek mengatasi masalah bekalan air (RM600 juta).
Mahathir turut menuntut pengundi Langkawi menolak BN kerana UMNO dan negara telah dirosakkan oleh DS Najib. Apa bukti DS Najib merosakkan UMNO dan negara? Adakah UMNO telah menjadi lemah atau negara menjadi kucar kacir seperti Venezuela di bawah pemerintahan DS Najib?
bn Najib Akan Menang PRU14, Rampas Semula Majoriti Dua Pertiga - Merdeka Center
Adakah DS Najib memberi dedak kepada Bank Dunia, IMF dan firma-firma penarafan antarabangsa untuk memberi laporan ekonomi yang cukup baik untuk Malaysia? Mahathir silap jika menyangka pengundi Langkawi tidak tahu fakta dan situasi semasa negara.
Untuk melihat siapa yang merosakkan negara ini, supaya adil kepada Mahathir, tidak dikongsikan pandangan DS Najib atau pemimpin UMNO atau BN terhadap Mahathir tapi imbas kembali kenyataan rakan kongsi Mahathir sekarang ini.
Pada Julai 26, 2017 Wan Azizah Wan Ismail bersetuju menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat tuduhan terhadap Mahathir sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Ia akan dilakukan sekiranya PH berjaya menumpaskan BN pada PRU14.
Sebelum itu pada 24 Februari 2013, Lim Kit Siang berkata beliau pernah mengatakan Pakatan Rakyat patut membuka semula siasatan terhadap skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992 jika berjaya mentadbir negara selepas PRU13.
Selain itu, katanya, Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan bagi menyiasat kerugian RM100 bilion yang ditanggung negara di dalam skandal kewangan sepanjang 22 tahun era pemerintahan Mahathir.
Jadi siapa sebenarnya yang rosakkan negara? Kepada pengundi Langkawi, anda nilailah sendiri dengan bijaksana.
#SinsofMahathir

#KitaPilihBiru
#TolakPH
#KN

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...