Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 22 May 2018

Politik : JAWATAN & AGENSI BERKAIT “LANTIKAN POLITIK” DAH LAMA WUJUD SEBELUM NAJIB

ADA dakwaan yang mengatakan pentadbiran kerajaan BN yang lepas telah membazirkan dana awam dengan menggaji beribu-ribu kakitangan awam kontrak di agensi tertentu yang dikaitkan dengan “lantikan politik”.
Demi itu, berbelas ribu orang dikhabarkan hilang pekerjaan sebaik pentadbiran yang baru mengambil alih kononnya untuk mengurangkan pembaziran ini. Majoriti daripada mereka beragama Islam dan bakal menyambut hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Ramai lagi dijangka menerima nasib yang sama selepas ini.
Apa pun, itu bukan fokus penulisan penulis hari ini, apa yang penulis mahu katakan ialah majoriti besar agensi yang menggaji kakitangan “lantikan politik” terlibat telah wujud lama sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri lagi.
Lagipun ia selari dengan polisi kerajaan BN pada waktu itu dan khusus untuk menjaga kepentingan rakyat.
Hasil selidikan ringkas, didapati banyak diantara agensi tersebut ditubuhkan semasa beberapa orang dari barisan pemimpin Pakatan dok ada sekarang, antara peneraju dalam pentadbiran kerajaan BN masa itupun.
Nak gebang apa?
Agensi baru (kalau ada) berkaitan “lantikan politik” yang ditubuhkan dibawah pentadbiran beliau sejak April 2009, adalah atas keperluan negara (terutama ekonomi) pada waktu itu dan difahamkan tidaklah seramai mana jumlah kakitangannya.
Justeru adalah tidak adil bagi sesetengah pihak dalam pentadbiran sekarang menuduh Najib membazirkan wang negara dengan menggaji orang-orang ini. Membazir macam mana kalau beliau sekadar meneruskan apa yang telah dilakukan pentadbiran terdahulu?
Diakhir kalam, sama samalah kita berdoa agar Najib sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang sedang dihadapi beliau sekarang ini.
Amin.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...