Ya, anda masih sedang pulih dari kejutan keputusan pilihan raya dan memahami bahawa semuanya telah berubah. Anda bertanya bagaimana ini boleh berlaku dan akan mula menyalahkan orang lain.
Tetapi jangan risau. Semua tidak sia-sia. BN masih mempunyai 79 kerusi dan masih merupakan kerajaan negeri untuk Sarawak, Perak, Perlis dan Pahang. Kedah masih ada kemungkinan lagi.
PAS mempunyai 18 kerusi. Mereka sama dengan PH - mungkin lebih lagi kerana kebencian mereka yang mendalam terhadap Tun M, DAP dan Amanah.
PH secara sendirian memperoleh 113 kerusi. Jika anda menambah 8 kerusi Warisan, ia hanyalah 121 kerusi. Undian popular mereka adalah 45% - lebih rendah daripada 48% yang diterima oleh BN dan PAS.
Pada hanya 121 kerusi, kerajaan PH ini adalah kerajaan yang lemah dan lebih rendah daripada 133 kerusi yang BN dapat pada PRU13.
Oleh itu, ia adalah kerajaan yang rapuh dan boleh jatuh bila-bila masa sekiranya ahli parlimen Sabah dan Sarawak mereka berpaaling.
Saya fikir kita tidak boleh mempertikaikan bahawa PH memenangi kerana Tun M menyatukan gabungan itu dan meyakinkan orang Melayu bahawa ia adalah selamat untuk mengundi PH yang dikawal DAP.
Tetapi kenyataannya ialah beliau berusia 93 tahun dan keupayaannya untuk menahan beban menjadi PM masih dipersoalkan.
Walau apa pun, kesihatan dan umurnya akhirnya akan memaksa beliau untuk menarik diri dari memegang jawatannya.
Masa menyebelahi kita di sini.
Untuk menang, Tun M mungkin telah mengatakan banyak perkara yang mana telah beliau lakukan pusingan U pada masa lalu tetapi ini hanya untuk membolehkan orang mendengar apa yang mereka mahu dengar untuk mendapatkan undi mereka.
Mahathir mempunyai kelemahan dan perwatakan asasnya tidak mungkin berubah. Tidak lama lagi, beliau akan kembali kepada mental kuku besinya dan orang ramai akan melihat sisi zalimnya yang sebenar. Sisi zalimnya yang menjadikan begitu banyak rakyat Malaysia menentangnya dahulu. Dalam masa yang singkat, rakyat Malaysia akan jijik dan akan menentangnya dan Pakatan.
Orang ramai mahu Pakatan memenuhi janji "bulan dan bintangnya" tetapi kita semua tahu ini adalah populis, tidak realistik dan akan menyebabkan kerosakan kewangan yang besar kepada Malaysia.
Mengambil kira manifesto mereka yang lain seperti menghapuskan tol, banyak 10 janji mereka dalam 100 hari akan menjadi sukar dan mahal untuk dilaksanakan.
Menghapuskan GST dan menukar ke SST akan menelan belanja RM24 bilion. Menghapuskan hutang FELDA - RM5.1 bilion. KWSP untuk suri rumah - RM1.8 bilion. Kad Peduli Sihat - RM1.75 bilion. Hanya ini sahaja sudah RM32 bilion – sama banyak dengan keseluruhan defisit bajet Persekutuan untuk 2017.
Dan ini belum lagi bercakap tentang harga petrol lagi.
Tanpa menyedari bahawa pendapatan mereka meningkat secara drastik di bawah BN dari 2009 hingga 2017, ramai yang mengatakan mereka rindu zaman Tun di mana harga adalah rendah.
Semasa Tun berkuasa, harga minyak dunia, harga makanan dan harga komoditi masih sangat rendah. Pada tahun 2004, semua harga ini melonjak kerana kemunculan China yang menyebabkan permintaan naik. China masih terus berkembang dan dengan kelas menengah India berkembang pesat, harga komoditi juga menanti masa untuk terus meningkat.
Janji 100 hari mereka untuk meningkatkan gaji minimum di Sarawak dan Sabah sebanyak 8.5% juga akan menyebabkan inflasi.
Harga minyak dunia seperti sekarang ialah AS$77 setong dan mungkin akan meningkat kepada AS$100 tidak lama lagi.
Daripada mengurangkan harga petrol, PH tidak lama lagi akan menyedari bahawa mereka perlu menaikkan harga RON95 kepada RM2.50 seliter.
Tidak lama lagi, rakyat akan menyedari realiti bahawa harga akan terus meningkat walaupun selepas GST dihapuskan dan Tun M kembali berkuasa
Mereka akan memulakan menggelar PH sebagai "Price Hikes."
Ini adalah realiti ekonomi dan kuasa-kuasa luar yang cuba BN didik orang ramai supaya faham tetapi gagal kerana orang ramai termakan penipuan PH dan menyalahkan BN.
Mengkritik dan menyalahkan kerajaan adalah lebih mudah daripada menjalankan kerajaan.
Hari akan datang apabila PH akan dipersalahkan untuk kos peningkatan hidup juga.
Memandangkan kita bukan lagi dalam Kerajaan Persekutuan, BN mungkin mengalami perubahan dramatik memandangkan pemimpin lama, ahli dan parti komponen keluar.
Pemimpin yang muda, bertenaga dan cerdas akan diberi peluang untuk bangkit mendapatkan tempat mereka. Orang-orang ini akan bermotivasi, lapar untuk kejayaan, berani dan lantang bersuara – sifat yang kurang dalam BN sebelum ini.
Lagipun, mana-mana negara demokratik dan sistem dua parti memerlukan pembangkang yang kuat yang akan memberikan semak dan imbang terhadap mereka.
Negara kita memerlukan ini. Negara kita memerlukan kita.
Mari kita menyusun semula, terus mempercayai. terus berjuang, merancang dan melaksanakan rancangan kita.
PH akan membuat kesilapan. PH ditakdirkan untuk gagal satu hari nanti.
Fitnah tidak boleh menang kerana kebenaran ada di pihak kita.
Tetap BN.
Dato Osman
No comments:
Post a Comment