Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 23 May 2018

Politik : MALAYSIA SUDAH MENJADI NEGARA PASIR DUA BUTIR DI BAWAH LIM GUAN ENG

1. Beberapa hari lalu Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa fakta-fakta ekonomi negara dipalsukan oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. Tuduhan ini serius kerana ia dibuat oleh Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, bukannya seorang pemimpin pembangkang.
2. Mahathir kemudian membuat dakwaan hutang negara ini sudah melebihi RM1 trilion. Semua orang tertanya-tanya walaupun angka Bank Negara Malaysia pada Disember 2017 hanyalah RM686.8 bilion. Kenyataan Mahathir ini agak melucukan kerana ia dibuat tanpa sempat beliau membuat sebarang semakan atau siasatan angka sebenar.
3. Tidak cukup dengan kejanggalan Mahathir tersebut, sehari selepas mengangkat sumpah, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng mengesahkan hutang negara sudah melebihi RM1 trilion.
4. Sinar Harian melaporkan Lim Guan Eng sebagai berkata, ““Ya, saya ingin mengesahkan apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir…hutang negara kini sememangnya melebihi RM1 trilion. Saya fikir ia akan dikaji semula apabila penemuan semua angka dapat disatukan. Sekarang ini masih ada beberapa akaun dan fail yang tidak dapat diakses, nanti kita akan dapat angka sebenar hutang negara.
5. Seluruh dunia kewangan negara sudah tentu sedang melihat dengan kehairanan kenyataan Menteri Kewangan baharu ini. Dalam sekelip mata, apabila masuk sahaja ke pejabat, Lim Guan Eng sudah boleh mengesahkan jumlah hutang yang berlainan dari angka yang diberi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.
6. Sudah tentu melucukan apabila sebaik sahaja membuat pengesahan itu beliau menyatakan akan melakukan kajian dan menentukan angka hutang sebenar. Jadi jika belum buat kajian dan siasatan bagaimana beliau boleh mengesahkan jumlah hutang negara.
7. Lim Guan Eng mungkin beranggapan hutang negara boleh dimanipulasi seperti mana beliau memanipulasi kos kajian Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.
8. Lim Guan Eng perlu ingat kewangan negara bukan kedai runcit yang boleh dicatat dalam buku atau dibuat satu lagi buku tambahan.
9. Adalah memalukan untuk menuduh pegawai kerajaan berkomplot menipu data-data ekonomi negara. Ia akan menyebabkan negara hilang kepercayaan pelabur, institusi kewangan antarabangsa dan rakyat.
10. Kita tidak mahu menyembunyikan sebarang salah laku. Namun membuat kenyataan sebelum siasatan dijalankan menunjukkan kerajaan Malaysia hari ini tiada kredebiliti.
11. Sebagai orang terhutang budi kepada Mahathir yang melantik beliau sebagai Menteri Kewangan walaupun sedang berhadapan dengan kes Mahkamah, tentulah Lim Guan Eng akan berbuat apa sahaja untuk menggembirakan Mahathir.
12. Jika kabinet ini masih menjadi alat Mahathir maka tidak lama lagi Malaysia ini setaraf kerajaan Pasir Dua Butir ciptaan P. Ramlee sahaja.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...