Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 7 May 2018

Politik : ‘PETUNJUK ALLAH’ – DAP MERANCANG UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM & UMAT MELAYU

KENYATAAN MEDIA

EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA
6hb Mei 2018
Saya mencabar Sdr. Lim Kit Siang dan Sdr. Lim Guan Eng, serta pemimpin kanan Parti DAP untuk menafikan apa yang dibangkitkan oleh Sdr. Amran Ahmad berkenaan isu yanng dibangkitkan semalam (5hb Mei 2018) di Buletin Utama TV3.
Jika benar apa yang dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat ini, iaitu Kepimpinan Tertinggi DAP ingin menghancurkan perpaduan rakyat dan menghasut rakyat membenci kerajaan dgn propaganda terancang mereka maka saya selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak berkuasa PDRM dan MCMC agar segera mengambil tindakan terhadap seluruh anggota Parti DAP ini.
Inilah contoh manusia – manusia durjana (Kepimpinan Tertinggi DAP Pusat) ini yang ingin merosakkan perpaduan yang sediaada di Negara tercinta ini. Mereka gembira untuk merosakkan keharmonian rakyat berbilang kaum serta memperkudakan pemimpin Melayu di Malaysia dengan perancangan busuk mereka
Saya juga amat – amat kecewa ada Melayu yang masih tidak sedar diri dengan bersama – sama menjayakan hasrat jahat DAP ini.
Oleh itu, jika benar ‘apa yang dinyatakan’ oleh Sdr. Amran yang juga merupakan kakitangan Publisiti DAP Pusat, adalah wajib seluruh umat Melayu dan Islam di Malaysia menolak Parti PKR dan calon – calon PKR yang turut diwakili oleh kepimpinan DAP.
Jelas suatu kesilapan besar bagi umat Islam Malaysia untuk terus menyokong kepimpinan PKR kerana mereka turut sama menyokong usaha – usaha jahat DAP ini dengan tujuan menghancurkan umat Islam dan Melayu di Malaysia.
Sekian.
Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin

Exco Pemuda UMNO
Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...