Assalamu’alaikum.
*Warkah Cinta buat ahli-ahli PAS.*
Ingin ku kongsikan warkah ini buat ahli² & penyokong² PAS yg kukasihi.
Aku adalah ahli PAS seumur hidup. Setelah sekian lama mencari maklumat, bertanya, berbincang, menganalisis dan membuat perbandingan, akhirnya, untuk PRU-14 ini, aku telah memuktamadkan keputusanku. Ijtihadku, aku akan mengundi Pakatan Harapan (PH).
*Kenapa?* Berikut adalah hujjah2 ku :
*Hujjah 1 : Secara statistik dan realitinya, PAS/GS tidak akan menang sama ada di peringkat persekutuan & juga di peringkat negeri.* Pendek kata, PAS/GS bukanlah calon kerajaan. Itu adalah realiti yang kita perlu terima. Sejak menyertai PRU, jumlah kerusi parlimen tertinggi yang pernah dimenangi oleh PAS hanyalah 27 kerusi. Andaian ini adalah berdasarkan kepada statistik keputusan bagi 13 kali PRU sejak merdeka dan juga hasil kajian professional terkini khususnya daripada Merdeka Centre dan IDE. Secara umumnya, kajian² tersebut secara konsisten meramalkan yang di kebanyakan kerusi, PAS/GS hanya akan mendapat sekitar 10% undi. Aku ingin memberi contoh yang lain. Bayangkan jika Umno keluar BN dan bertanding bersendirian di seluruh negara. Bayangkan juga Dap keluar PH dan bertanding bersendirian bersama parti2 kecil seperti PCM dan PRM. Mampukah Umno dan Dap menjadi calon kerajaan pilihan rakyat. Sudah tentu tidak praktikal bukan.
>> Ini bermakna, jika aku mengundi calon PAS/GS, potensi calon tersebut utk menang adalah terlalu tipis, natijahnya, PAS/GS jg tidak berpotensi menang dan membentuk kerajaan. Ini bukan bermakna rakyat benci kpd PAS @ manifesto PAS tidak baik. Tetapi kerana rakyat lebih cenderung untuk mengundi gabungan BN atau PH sahaja kerana gabungan mereka lebih kuat dan mewakili seluruh masyarakat. *Justeru, pilihan yang lebih praktikal yang ada untukku hanyalah dua iaitu BN atau PH, Datuk Seri Najib atau Tun Dr Mahathir (calon PM).*
*Hujjah 2 : Aulawiyyat (keutamaan) dalam negara pada masa ini adalah untuk menukar regim BN yang telah memerintah negara sejak merdeka.* Aku akui, Umno/BN ada sumbangannya kepada negara. Tetapi, keadaan rakyat dan negara secara keseluruhannya semakin terjejas teruk khususnya sejak Najib ditabal sebagai PM.
>> Di antara PH dan PAS/GS, pilihan yang paling praktikal untuk menubuhkan kerajaan baru ialah PH. Undiku akan lebih bernilai jika aku undi PH kerana akan menyumbang kepada objektif menukar regim BN tadi.
*Hujjah 3 : Secara umumnya, dalam pertimbanganku, PH adalah jauh lebih baik dan lebih Islamik daripada BN.* Bukankah syara’ menyuruh kita untuk memilih pasukan pimpinan yang lebih baik atau yang kurang mudharatnya. Manifesto yang ditawarkan PH juga tidak jauh berbeza dengan manifesto PAS, yang menekankan inisiatif meringankan beban rakyat dan memperjuangkan kesejahteraan kepada rakyat. Dari segi calon pula, secara perbandingannya (PH vs BN) :
▪ Tun Dr Mahathir lebih baik daripada DS Najib Razak
▪Tun Dr Siti Hasmah lebih baik daripada DS Rosmah Mansor
▪DS Wan Azizah lebih baik daripada DS Zahid Hamidi
▪TS Muhyiddin lebih baik daripada Hishamuddin Onn
▪Azmin Ali lebih baik daripada Noh Omar
▪Mukhriz lebih baik daripada Ahmad Bashah
▪Abg Mat Sabu lebih baik daripada Nazri Aziz
▪Salahuddin Ayub lebih baik daripada Said Keruak
▪Nurul Izzah lebih baik daripada Azalina
▪Lim Guan Eng lebih baik daripada Tiong Lai
▪Rafizi Ramli lebih baik daripada KJ
▪Shafie Apdal lebih baik daripada Musa Aman
*Hujjah 4 : Jika BN dan DS Najib menang lagi, kehidupan rakyat akan lebih sukar, negara akan lebih tenat.* Natijahnya, *rakyat akan salahkan PAS*, kerana dengan pertandingan 3 penjurulah yang menyebabkan hasrat rakyat untuk melihat regim BN selama 6 dekad ditukar terkubur. Dgn mengundi PAS, BN yg akan mendapat kelebihan undi, kerana undi pembangkang pecah. *Maksudnya, 1 undi utk Pas = 1 undi utk BN. Itulah matematiknya yg kita perlu terima dlm situasi sekarang.*
Yang berterima kasih kepada PAS pula ialah DS Najib, Rosmah, Jho Low, dan pimpinan UMNO/BN. Perompak dan penyamun harta rakyat pula akan terlepas. Di waktu itu, kebencian dan kemarahan rakyat kepada PAS juga mungkin akan merecik kepada agama Islam yang suci. Aku tidak sanggup melihat ia terjadi.
*Hujjah 5 : Aku harus menjawab soalan : Di antara BN dan PH yang menang Putrajaya, yang mana harus PAS lebih percaya dan pilihan mana yg akan memberi lebih kebaikan kepada PAS?*
Sekiranya PH menang dan menjadi kerajaan, aku percaya PH akan menghulurkan tangan dan mengajak PAS bersama. Aku yakin, PH tidak akan melupakan jasa² PAS selama bersama dalam blok pembangkang. Pimpinan Amanah ‘dibesarkan’ di dalam PAS. PKR adalah rakan tahaluf PAS lebih sedekad. Dap dan PAS adalah sahabat lama dalam pembangkang. Bukankan Kerajaan PH Selangor lalu masih terima PAS walapun PAS putuskan hubungan dengan DAP & PKR. PKR & Dap tidak menghalau PAS. Aku saksikan juga, bagaimana pimpinan PH boleh menerima Tun Dr Mahathir dan pimpinan PPBM dengan berlapang dada walaupun mereka pernah bermusuh sekian lama.
Justeru, dengan hujjah² di atas, dengan nama Allah, aku akan mengundi PH pada 9 Mei 2018 ini. Aku percaya, itulah yang terbaik untuk agama, negara dan bangsaku dan juga untuk partiku (PAS). Aku ingin merayu kepada sahabat²ku yang masih menyokong PAS untuk membuat tindakan yang sama. Percayalah, dengan mengundi PH, itu yang akan lebih menguntungkan PAS.
Selamat mengundi.
Muhammad Sufian Musa
Ahli PAS seumur hidup
Selayang, Selangor.
No comments:
Post a Comment