Contoh notis admin untuk kumpulan WhatsApp bagi mengawal keadaan pergeseran sembang politik dalam kumpulan...
Saya, (nama pentadbir WhatsApp) selaku admin utama group WhatsApp ini (nama kumpulan WhatsApp anda) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan sebagai Perdana Menteri yang ke-7.
Memandangkan musim Pilihanraya Umum sudah tamat, sudah sampai masanya semua pemimpin yang telah dipilih bersatu hati dan bekerjasama menggalas tugas yang diamanahkan dengan bijaksana.
Semoga kepimpinan baharu Malaysia memperoleh rahmat, berkat, hidayah dan berada dalam lembayung redha Allah SWT.
Kami akan terus memberikan kerjasama yang terbaik bagi manfaat seluruh rakyat Malaysia.
Memetik kata-kata Fudhail bin ‘Iyadh:
لو كان لي دعوة مستجابة ما جعلتها الا في السلطان
“Seandainya aku mempunyai doa yang mustajab, aku akan jadikannya sebagai doa untuk pemerintah.”
Ingatlah ucapan Nabi Sulaiman alaihissalam tatkala dianugerahkan-Nya kerajaan yang agung,
هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ
"Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". [Surat An-Naml 40]
Semoga kita sama-sama dapat menzahirkan rasa syukur atas kurniaan Allah SWT yang Maha Berkuasa.
(Nama Penuh Pentadbir WhatsApp)
Admin Utama (nama kumpulan WhatsApp)
Nota tambahan :
Rakyat telah menggunakan hak masing-masing untuk memilih pemimpin.... Tahniah kepada semua rakyat yang telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih...Sekarang terserah kepada pemimpin-pemimpin yang dipilih...Sebarang perbincangan sekarang oleh sesiapa yg BUKAN PEMIMPIN YANG DIPILIH hanya sia-sia & cakap-cakap kedai kopi sahaja....Jadi elok rasanya jika tidak dijadikan group ini sebagai kedai kopi untuk sembang politik sebagai peringatan untuk semua ahli group ini...😁
Rumah sudah siap...Harap kapak tidak berbunyi lagi (end)
No comments:
Post a Comment