Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 10 May 2018

Kalah Menang Hanya Sementara, Akhirat Selamanya...(gambar)


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, aamiin. Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana pertemuan kita semua dalam ruangan siber di dalam blog ini.  Pertemuan kita yang diatur oleh Allah dan berpisah juga kerana Allah s.w.t. akan lebih mengeratkan silaturrahim sesama kita dalam ruang siber ini.

Saya tidak suka menimbulkan perselisihan dan tidak mahukan permusuhan.  Semua perkara ini berlaku disebabkan oleh perbezaan pendapat sesama kita yang mempunyai hala tuju, pandangan dan idea politik yang berbeza mengikut acuan yang kita ikuti melalui sistem kepartian yang berbeza.

Oleh kerana sebelum ini kerajaan Malaysia didukung oleh Parti Perikatan (sebelum merdeka) dan juga kerajaan ini didukung selepas merdeka (selepas peristiwa 13 Mei 1969) iaitu Parti Barisan Nasional, nasib rakyat yang dinaungi oleh Malaysia adalah bertunjangkan parti bersejarah ini.  Parti yang berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) selama 60 tahun !

Peristiwa yang berlaku selepas PRU14 iaitu 10 Mei 2018, telah membuka mata kita kuasa pemerintah boleh ditumbangkan hanya dengan kuasa dan pola pengundian melalui saluran Pilihanraya di negara kita, Malaysia.  Selain itu antara faktor lain yang menjadi penyebab utama berlakunya tsunami rakyat, ialah kepimpinan daripada barisan Pakatan Harapan adalah daripada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.  Faktor pengundi pemuda juga antara faktor lain penyebab berlakunya tsunami terbesar pengundi yang berlaku pilihanraya baru-baru ini....

Semuanya berlaku dengan izin Allah s.w.t. kerana tanpa izin Allah semua peristiwa yang takkan berlaku tanpa izinNya.  Tidak kira apa pun fahaman politik kita, jangan sampai tidak bertegur siapa dan saling bermusuhan.  Ini adalah kerana, kita semua rakyat Malaysia, kekalkan muafakat.  Ini negara demokrasi.

Peluang yang terbaik, apabila tibanya Bulan Ramadan Al-Mubarak semakin menghampiri kita.  Oleh itu, kita gunakan kesempatan yang baik ini untuk bermaaf-maafan sesama kita demi menguatkan ukhwah kita sesama Islam...

Selepas berakhirnya keputusan PRU14 ini, maka saya dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan dari PAS, UMNO dan PKR di atas segala kekhilafan budi bicara saya terhadap anda semua sepanjang tempoh perdebatan politik dari dahulu sehingga kini. 

Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat sekalian,

Untuk pengetahuan anda semua, bagi saya, anda semua tetap rakan dan sahabat saya seagama dan sewarga yang saya hargai, sanjungi dan hormati. Oleh kerana mungkin saya mempunyai sedikit obsesi tertentu demi menegakkan pendirian saya melalui aliran politik yang saya pilih, akhirnya telah menyebabkan suhu peralihan telah berubah kepada kuasa yang baru oleh Pakatan Harapan.  

Pada kesempatan yang ada di sini, obsesi saya terhadap topik ini sudah berakhir.  Cuma, saya tidak bermaksud untuk berhenti terus dalam bidang penulisan saya di dalam blog ini.  Akhir kata, saya ingin melihat semua rakyat dan negara ini bersatu padu, saling menyayangi dan hormat menghormati sesama kita yang beragama Islam, dan terus bekerja keras demi memajukan negara kita dalam 2 tahun lagi dalam menuju Wawasan 2020.  

Ini tanggungjawab kita bersama bermula dari sekarang sehingga masa depan untuk anak cucu kita.  In Shaa Allah, aamiin.  Mudah-mudahan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...