Assalamualaikum w.b.t.
salam sejahtera dan salam Jumaat.
Group ini akan
menyiarkan perkembangan semasa politik Negara Malaysia yang dipimpin oleh
kerajaan hasil gabungan 4 Parti - PKR,
Amanah, PPBM, Warisan (Sabah) dan DAP (Pakatan Harapan) selepas PRU14
(09/05/2018).
Selain itu, group ini
akan menyiarkan juga berita mengenai keadaan ekonomi dan sosial serta impak
Kerajaan Baru Malaysia kepada semua ahli dan juga membincangkan langkah-langkah
serta strategi terbaru Barisan Nasional sebagai blog kuasa baru Pembangkang - Semak & Imbang (check & balance) di Dewan Rakyat bermula dari 10 Mei 2018.
Saya sebagai admin dan
juga rakan-rakan admin serta moderator yang lain akan mengemaskinikan segala
info yang berkaitan supaya kita dapat mematahkan hujah daripada pihak Kerajaan
Malaysia pimpinan Pakatan Harapan demi untuk kesejahteraan dan keharmonian bagi
kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Selain itu, untuk
keahlian baru dalam group ini, saya ada letakkan 2 soalan untuk anda jawab
sebelum anda masuk dalam group ini. Sekiranya anda gagal untuk menjawab maka
keahlian anda dalam group ini akan dibatalkan serta-merta.
Saya terbuka untuk
menerima ahli baru yang dimasukkan oleh ahli dalam group ini. Akan tetapi,
keahlian mereka juga saya akan pantau untuk kesejahteraan, keamanan dan
kestabilan bagi semua ahli dalam group ini. Segala komen yang berbaur negatif
ataupun berbunyi cacian dan makian, anda akan juga dikeluarkan serta merta
tanpa sebab musabab dan alasan....
Semoga kita semua
bersatu untuk kesejahteraan, keamanan dan keharmonian hidup bersama di dalam
Negaraku, tercinta ini, Malaysia....
Sekian, harap maklum
Link group - https://www.facebook.com/groups/1374407939469815/
No comments:
Post a Comment