Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 4 June 2018

Aspirasi Rakyat : Ni ada sedikit cerpen ttg sinatron Hutang Negaraku RM1Trilion.

Ni ada sedikit cerpen ttg sinatron Hutang Negaraku RM1Trilion.

No automatic alt text available.

Selepas Pak Abu meninggal, Mak Cu, satu-satunya Isteri Pak Abu diberitahu yang Pak Abu ada berhutang dengan bank sebanyak RM600k.
Kemudian selepas selesai jenazah dikebumikan, anak saudara Pak Abu pula datang dan memberitahu yang Pak Abu adalah penjamin kepada hutang MARA sebanyak RM500k beliau ketika melanjutkan pelajaran, masih belum dibayar sepenuhnya.
Mak Cu panik dan mula pening memikirkan hutang tiba-tiba bertambah menjadi RM1.1juta. Lantas, Mak Cu bertanya pendapat rakan-rakan sebaya beliau dalam group Whatsapp ‘Geng Bawang’. Mak Cu hanya dapat bluetick sahaja, tiada jawapan balas.
Dalam keadaan sedih bercampur panik, Mak Cu telah memanggil balik anak bongsu beliau yang belajar di kolej swasta dan menamatkan pengajian beliau serta merta. Alasan diberi, yuran kolej di Singapura itu terlalu mahal, dan Mak Cu tak nampak apa manfaat daripada pengajian tersebut.
Duit sekolah adik-adik yang lain juga telah dikurangkan daripada RM5 menjadi RM3. Dan Mak Cu telah memecat tukang kebun, maid, driver Pak Abu dan menghentikan langganan Astro di rumah. Mak Cu menyalahkan jumlah hutang yang banyak sebagai punca segala kekusutan ini.
Selang beberapa hari, rakan-rakan Group Whatsapp ‘Bawang’ Mak Cu memberi cadangan utk Mak Cu memohon bantuan. Kebetulan, ramai bersimpati Mak Cu kehilangan suami dan ramai pula yang menghulurkan bantuan. Tersenyum Mak Cu setelah beberapa hari bermasam muka.
Apabila Mak Cu melihat penyata akaun bank Pak Abu... beliau terduduk apabila melihat hanya sedikit jumlah daripada wang Pencen Pak Abu yang digunakan untuk membayar hutang, simpanan Pak Abu juga mencukupi. Mak Cu berbincang dengan Pegawai Bank, yang juga memberitahu kewangan Pak Abu kukuh dan mendapat pujian Bank.
Tapi, untuk menutup malu Mak Cu kepada anak sulung beliau yang kini celaru selepas dipaksa berhenti belajar dan diminta Mak Cu untuk belajar membuat kuih ‘kerbau guling’, dan juga malu Mak Cu kepada tukang kebun, maid dan driver Pak Abu, Mak Cu terus merungut hutang Pak Abu yang berjumlah RM1.1juta itu.
Jumlah sumbangan orang ramai pun sentiasa meningkat, Pak Atan yang dulu tergila-gilakan Mak Cu pun sanggup melupakan hasrat untuk membeli gigi palsu baru, wang yang dikumpul dihadiahkan semuanya kepada Mak Cu.
Mak Cu selesa, dan tidak bercadang untuk menerangkan perkara yang sebenar dalam jangka masa terdekat.
Ramai juga yang mahukan Mak Cu membayar hutang tersebut secara terus walaupun masih berbaki 10 tahun lagi.
Mak Cu ketawa dan hanya mampu memberitahu Tauke Chong, rakan kongsi perniagaan lama beliau untuk datang dan memulakan projek ‘extension’ rumah yang beliau duduki sekarang. Khabarnya, Mak Cu bercadang untuk membuat beberapa ‘chalet’ di sekeliling kolam Ikan Keli hasil usaha Pak Abu dahulu.
Anak Mak Cu kini telah viral dengan kuih ‘Kerbau Guling’, dijangkakan populariti beliau akan pudar selepas pemergian Ramadhan. Anak-anak yang lain mula menunjukkan rasa kurang selesa apabila duit sekolah mereka terus dipotong. Cepat-cepat Mak Cu mengulang-ulang mantra hutang RM1.1juta itu dan mereka terus berdiam diri selepas itu.
Hasil nukilan
Amir

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...