Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 7 June 2018

Berita : Peguam Negara baharu lapor diri

PUTRAJAYA: Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas hari ini melapor diri di Jabatan Peguam Negara di sini bagi memulakan tugasnya.
Beliau tiba di ibu jabatan itu pada jam 1.21 tengah hari tadi.
Sejurus sidang media, beliau naik ke pejabatnya difahamkan untuk taklimat dengan pegawai di jabatan berkenaan.
Isnin lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara.
Pelantikan Thomas, 66, dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini, Dr Mahathir mencadangkan Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kepada Yang di-Pertuan Agong.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...