Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 6 June 2018

LAILATUL QADAR


Nota Al-Faqir: LAILATUL QADR
  • Lebih baik dari 1000 bulan
  • Malam penuh barakah
  • Malam terbaik seumur hidup
  • Malaikat² turun ke bumi lebih banyak daripada anak² batu di bumi
BILA?
  • Pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan
Sabda Nabi S.A.W : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

"Carilah Lailatul Qadr pada malam² ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan" (Al-Bukhari no. 2017 & Muslim no. 1170)
  • Abdullah Mas'ud dan Abdullah Abbas cenderung malam ke-27
  • Imam Syafi'e cenderung malam ke-21 dan 23
▫Imam Ghazali mengambil kira hari permulaan 1 Ramadan :
  • Isnin: malam ke-21
  • Sabtu: malam ke-23
  • Khamis: malam ke-25
  • Selasa/Jumaat: malam ke-27
  • Ahad/Rabu: malam ke-29
KELEBIHAN BERIBADAH PADA MALAM ITU
  • Pahala ibadah 1000 bulan
  • Diampunkan dosa
  • Dimakbulkan doa
APA YANG PERLU DILAKUKAN
  • Lakukan amalan fardhu
  • Tinggalkan perkara dilarang
  • Beri'tikaf di dalam masjid
  • Mendirikan solat² sunat
  • Membaca Al-Quran
  • Beristighfar
  • Bersedekah
  • Memperbanyakkan doa اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
  • Lain² amalan soleh
TANDA-TANDA

Waktu Malam
  • Sunyi sepi, tenang
  • Tidak terlalu panas & sejuk
  • Bulan tidak terlalu bercahaya
  • Rasa mengantuk dan keletihan
Waktu Pagi
  • Pancaran matahari putih bersih
  • Langit tidak berawan
Andai kali ini Ramadan terakhir kita 
Quran30Juz
-----------------------------------------------------------------------------------

'Hadiah' Lailatul Qadar merupakan hadiah yang sangat bermakna bagi kita sekiranya kita dapat hayati dan nikmatinya.

Diberi keberkatan beribadah pada malam tersebut dengan bandingan lebih baik dari 1000 bulan berbanding bulan-bulan yang lain.

Ya, ia sangat bermakna buat kita ummat Nabi Muhammad s.a.w yang 'dijangka' umur kita di antara 60 hingga 70 tahun sahaja hidup di dunia ini. Tak ramai yang melebihi umur tersebut berada dalam keadaan sihat dan tenaga yang sempurna. [HR. al-Tirmizi: 3550]

Tambahan pula, makin berjalan masa makin mendekati kita pada akhir zaman. Yang mana, salah satu tandanya ialah masa semakin cepat ! Setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu... begitulah seterusnya gambaran cepatnya masa berlalu. [HR. al-Bukhari: 6037, HR. Ahmad: 2/537]

Dengan keberkatan malam tersebut, sekiranya kita beribadah pada Allah s.w.t., dan isi dengan perkara kebaikan, kita mampu menjana hasil pahalanya seakan hidup 80 tahun lebih ! Ini kalau kita diberi rezeki dapat sekali. Bayangkan bagi mereka yang direzekikan 'berkali-kali' bertemu dan beribadat pada Lailatul  Qadar, jauh kita kena tinggal.

Jadi, bagaimana caranya yang mendapat keberkatan malam tersebut? Istiqomahlah beribadah dari awal hingga akhir Ramadhan.

Sudah terlepas dan baru tersedar? Bersungguh-sungguhlah beribadah bermula malam ini hingga akhir ramadhan. 

Lailatul Qadar itu rahsia dari Allah s.w.t. buat kita, Dia sahaja yang akan beri pada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya. Sangka baik pada Allah s.w.t., kejarlah redha, rahmat dan keampunan dari-Nya dengan bersungguh.

Moga Allah swt muliakan kita semua dengam diberi rezeki Lailatul Qadar.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...