Ketentuan Allah yang terbaik
PAS diamanahkan dua buah negeri sepenuhnya untuk ditadbir sebagai sebuah model 'negara Islam contoh' sebagai persediaan untuk tugas yang lebih besar (memerintah negara) sekiranya mereka mampu menggalas tugasan terkini (memerintah negeri) dengan integriti dan kompetensi.
PH diberikan tugas besar mengembalikan semula Malaysia ke landasan sebenar dan membersihkan semula 'gunung sampah' yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelumnya. Perpaduan kaum berdasarkan perlembagaan negara adalah cabaran besar untuk dipertahanan dan dipertingkatkan demi membela tahap hidup rakyat yang selama ini tertekan.
BN dapat belajar konsep 'first seek to understand than to be understood' bila berada di posisi pembangkang yang mempunyai peluang dan ruang yang lebih besar untuk mendengar rintihan rakyat dari dekat. Simpati dan empati mereka akan meningkat jika peluang ini diguna sepenuhnya.
Berhentilah daripada terus saling menyalahkan dan bermusuhan. Rakyat telah membuat keputusan, Allah sudah mentakdirkan. Segala yang berlaku pasti ada kebaikan jika kita orang yang baik dan sentiasa berfikir untuk memberi kebaikan.
Seperti yang saya katakan sebelumnya, "all is well", yang menang tidak dapat semua, yang kalah tidak akan hilang semua. Allah Maha Kaya. Allah maha kasih - tanpa mengira warna dan rupa!
Ustaz Pahrol MJ
No comments:
Post a Comment