Islam dengan betul dan tidak berkepentingan sedangkan banyak pandangannya mengenai undang-undang Islam yang tercatat di dalam buku-bukunya sebelum ini yang bersifat kritikal dan lebih banyak dipengaruhi oleh pegangan agama beliau sendiri?
Tommy di dalam bukunya bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 juga mengkritik keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik dengan menyebut: “In an appeal where the central issue is a clash between Islam and Christianity, the judges ought to have been Hindus, Buddhists, atheists or agnostics. Alternatively, there should have been a delicate balance between judges of the Muslim, Christian and other faiths.”
Tommy di dalam bukunya bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 juga banyak menulis mengenai isu-isu yang sensitif termasuklah, di dalam mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng ditanam di Sitiawan, menyebut Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieh century” dan “a major contributor to Merdeka” serta menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan.
Sebab itulah bila terkeluar berita bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara maka ia adalah satu tindakan yang amat tepat dan perlu dihormati selaras dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, perlantikan Peguam Negara adalah jelas dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak seperti kenyataan Lim Kit Siang pada 17 Mac 2018 bahawa “kita (Pakatan Harapan) akan melantik seorang Peguam Negara dan ketua-ketua institusi-institusi negara...” (“we will appoint an Attorney-General and heads of national institutions...”) tanpa sebarang rujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Lebih asas lagi adalah, mengikut Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, apatah lagi atas merit Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara (Perkara 32), Ketua Eksekutif (Perkara 39) dan sebagai Ketua Agama Islam, di mana sudah tentu ada justifikasi kukuh kenapa orang Islam perlu diberikan keutamaan memegang jawatan ini.
Adalah menjadi kewajipan Pakatan Harapan untuk akur dengan tindakan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ini selaras dengan Janji 11 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita”.
Di mana suara Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyokong Pakatan Harapan sekarang? Bukankah sudah terbukti sekarang bila Pakatan Harapan tidak akur dengan tindakan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di dalam soal hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara maka apa yang beliau katakan pada 6 Februari 2018 bahawa “ peta PPBM adalah sosialis, tidak nampak menjuarakan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu” adalah betul?
Belum pun 40hari di tampuk kuasa,negara sudah mula bergelut dgn pelbagai perkara dasar..terutama yg menyentuh perkara asas spt termaktub dlm perlembagaan.Yang pasti RAJA RAJA MELAYU,ISLAM DAN HAK ORANG MELAYU SEMACAM DI ANCAM SECARA SISTEMATIK.BEGITULAH BILA KUASA SUDAH TIADA LAGI.
Kehadapan SPB YDPA SULTAN MUHAMMAD KE V dan Majlis Raja Raja,Rakyat menjunjung kaseh.Setidaknya kita tahu,Duli Duli Tuanku bukan hanya RUBBER STAMP..Rakyat tumpang berlindung
Allahuakbar!
TSAM
P26 KETEREH
Luahan Rakyat :
Agreed Agong has no discretion to disagree with pm’s choice but nevertheless PM will also has to appreciate agong’s view bearing in mind the AG’s appoinment is by the agong and not by the pm. The law has clearly stated that ag is to be appointed by agong on the adv of pm.
There r several criteria to b considered b4 appointment can b made in particular the legal position of the AG in relation to the agong particularly in matters relating to islamic law reference is make to art 145(2) read together with art 3
The AG is under a duty to adv the Agong on all legal matters including syariah matters so it makes sense that the AG shud b well versed in syariah matters.
Hence if PM name a person to be AG without looking at all the legal requirements as mentioned earlier or other example the person has no prosecution or no experience in handling criminal cases thn it is the duty of the Agong to bring to the attention of the pm the setback n perhaps propose few other names which fit the legal requirements.

No comments:
Post a Comment