MUSLIHAT GUAN ENG NAFIKAN HAK 6 JUTA PENERIMA BR1M
| Mohd Fadzil
Ketika saat-saat akhir menjelang Hari Raya Aidilfitri, Guan Eng mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang disambung dari skim asal Bantuan Rakyat 1 Malaysia, penuh dengan muslihat, tidak ada rasa bertanggungjawab dan langsung tidak malu! Kenapa aku kata sedemikian!
1. Guan Eng dan Mahathir langsung tidak ada rasa malu, menggunakan bajet dari BR1M untuk membeli jiwa rakyat diketika negara dalam proses krisis perlembagaan.
Kenapa aku kata Krisis Perlembagaan, walaupun YDPA telah berkenan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara, tetapi ini berlaku dalam keadaan yang tidak mengikut cara yang betul dan teratur. Segala berlaku dalam keadaan memberi tekanan kepada YDPA, yang bakal mengakibat pelbagai implikasi pada masa depan.
Kenapa aku kata Tidak Malu, Mahathir dan Guan Eng bukan sahaja menggunakan bajet dari peruntukan BR1M yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Dato Sri Najib, malah langsung tidak menghormati hasil titik peluh Dato Sri Najib yang Berjaya mengumpul dana bagi membiayai BR1M.
Tanpa rasa hormat dalam kesibukan mereka cuba menganiayai Dato’ Sri Najib, mereka menukar nama BR1M kepada Bantuan Sara Hidup tetapi menyambung sistem pembahagian pembayaran dari BR1M.
Di mana maruah kerajaan baru! Yang tidak langsung mengiktiraf jasa orang yang bersusah payah melaksanakan dan mencari dana untuk BR1M.
2. Kenapa aku kata tidak bertanggungjawab.
Dato’ Sri Najib telah meninggalkan dana khas untuk BR1M adalah sebanyak hampir RM13 bilion bagi tambahan dari bajet asal BR1M RM6.8 bilion untuk sasaran lebih 10 juta penerima setelah mengambil kira tambahan sekali ganda bayaran dan tambahan 3 juta penerima dari 2 ketegori baru iaitu:
Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M bulan Jun dan Ogos 2018 berjumlah RM400 digandakan kepada RM800, bermakna daripada RM1,200 kepada RM2,000! TETAPI GUAN ENG HANYA BAYAR RM400 SAHAJA!
Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000-RM4,000, BR1M Jun dan Ogos, RM300 kepada RM600, bermakna daripada RM900 kepada RM1,500! TETAPI GUAN ENG HANYA BAYAR RM300 SAHAJA!
Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang telah terima BR1M RM450, akan menerima tambahan RM150 lagi pada Jun bermakna jumlah keseluruhan RM600! TETAPI GUAN ENG MANSUHKAN
Satu lagi kategori baharu BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, akan menerima BR1M RM700 dengan pembayaran 2 kali pada Jun dan Ogos ini! TETAPI GUAN ENG MANSUHKAN
bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 akan disalurkan kepada anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi. TETAPI GUAN ENG MANSUHKAN
APA YANG GUAN ENG BUAT!
Dari peruntukan yang sepatutnya lebih RM13 bilion Guan Eng telah kurangkan kepada RM1.6 bilion. Kemana perginya baki dana sedia ada yang ditinggal oleh Dato’ Sri Najib.
Ini adalah satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab kerana dana itu sepatutnya dikembalikan kepada rakyat yang memerlukan, bukan digunakan untuk perkara lain.
Malah Mahathir dan Guan Eng menafikan hak 6 juta orang penerima BR1M apabila sasaran penerima hanya ditetapkan kepada kurang 4 juta orang!
3. Kenapa aku kata itu satu muslihat licik!
(1) Tukar nama BR1M kepada BSH kerana BR1M rasuah tetapi BSH adalah untuk Mahathir cucikan tuduhannya sebelum PRU14 dari BR1M rasuah kepada BSH halal untuk diberi anak isteri makan.
(2) Sengaja menggunakan propaganda negara dibebani hutang untuk membawa pelari bajet sedia ada BR1M, untuk agenda atau projek lain.
Sebagai contoh dari mana Mahathir hendak sediakan dana RM 30 bilion projek segera tanpa tender yang diberi kepada kroninya Ting Pek Khiing, yang telah 13 kali bankrap, dianugerahkan projek di Pulau Langkawi! Itu baru seorang yang lain-lain?
(3) BSH lebih sesuai dipanggil rasuah berbanding BR1M kerana ini adalah cara untuk menutup kegagalan Mahathir dan Guan Eng mentadbir ekonomi negara sehingga dalam tempoh belum sampai sebulan memerintah, Malaysia telah kehilangan RM5.6 bilion akibat Pelabur asing bertindak menjual dana ekuiti daripada Bursa Malaysia
Iaitu pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI atau indeks FBM susut sebanyak 56.56 mata atau 3.185 untuk ditutup kepada 1,719.28 mata, paras paling buruk yang dicatatkan sejak tahun 2008.
Keyakinan perniagaan dalam sektor pembinaan jatuh ke paras negatif 24.8 %. Akibat ramai pelabur hilang keyakinan kepada negara.
(4) BSH lebih sesuai dipanggil rasuah berbanding BR1M kerana ini adalah cara untuk menutup rancangan Mahathir dan Guan Eng yang sedang melanggar hak islam dan melayu serta pembuangan penjawat awam kerana mereka bukan penyokong Pakatan Harapan atau bekerja dalam institusi islam seperti guru kafa, imam dan tok siak.
Yang paling aku kesian, orang muda adalah penyumbang terbesar dalam kemenang Pakatan Harapan pada PRU14, sepatutnya layak menerima BR1M telah dinafikan hak dalam BSH.
BSH barulah betul-betul kita boleh gelarkan sebagai rasuah politik berbanding yang dulu Mahathir kata BR1M Haram kerana kali ini, pemberian BSH adalah untuk menutup skandal menukar Negara Islam kepada Malaysian Malaysia. Yang mana nama bangsa melayu bakal diluputkan dengan menggunakan nama Bangsa Malaysia!
Sedangkan zaman pemberian BR1M oleh Dato’Sri Najib tiada satupun subjek di atas berkaitan dalam pemberian BR1M, malah tidak pernah menyatakan jika anda pembangkang bermakna anda tak layak. TETAPI KENAPA BSH TIDAK DIKATAKAN MAHATHIR SEBAGAI MENYALAHI UNDANG-UNDANG?
Walaupun sebahagian besar dari penerima BR1M sanggup mengkhianat sifat pemurah dan prihathin Dato Sei Najib.
Sekarang bukan sahaja tidak pernah sekalipun ucapkan terima Kasih kerana mencipta BR1M sejak 2012, malah sekarang mereka suka menyebar fitnah tidak berasas kepada beliau walaupun ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa… ||| Mohd Fadzil
#SelamatkanMalaysia #MahathirBapaMalapetaka #RinduZamanNajib
No comments:
Post a Comment