Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 3 June 2018

Politik : Bukan isu kaum, kebimbangan lebih serius dalam lantikan peguam negara

Tommy Thomas (baju itam berdiri) bersama Chin Peng (duduk)

Bukan isu kaum, kebimbangan lebih serius dalam lantikan peguam negara

June 3, 2018 • By FMT Reporters

Pengkritik mengingatkan kerajaan baru supaya tidak menakutkan sebahagian kepentingan rakyat dengan terus melanggar kelaziman pelantikan pegawai tertinggi negara.

KUALA LUMPUR: Kesangsian berhubung pelantikan pakar undang-undang perlembagaan Tommy Thomas ke jawatan Peguam Negara mungkin berhubung kait dengan kebimbangan terhadap konflik kepentingan dan masalah bakal dihadapi beliau dalam tugas hariannya kelak, bukan kerana faktor etnik atau agama, menurut sumber rapat kerajaan.

Sumber mengesahkan pemilihan seorang bukan Melayu dan bukan Islam oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk jawatan Peguam Negara itu turut tidak disenangi sesetengah pihak dalam Pakatan Harapan (PH).

Tetapi untuk mencadangkan ketidaksetujuan itu disebabkan etnik dan agama Tommy hanyalah spekulasi, malah merupakan taktik untuk “melobi”, katanya.

Sumber tersebut yang bersetuju bercakap kepada FMT tanpa didedahkan identiti beliau berkata, banyak pihak telah pun menyebut bahawa Tommy merupakan salah seorang peguam mewakili Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kes pertuduhan rasuahnya.

Tommy bersama-sama Gobind Singh Deo membawa cabaran Guan Eng terhadap langkah Peguam Negara pada waktu itu memulakan prosiding sabitan terhadap beliau dalam kes berkaitan pertuduhan rasuah terhadapnya.

Beliau juga mewakili kerajaan Pulau Pinang di bawah Guan Eng apabila kerajaan negeri menyeret Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan persekutuan sebelum ini ke mahkamah bagi memaksa diadakan semula pilihan raya majlis tempatan.

“Ini merupakan konflik kepentingan langsung, jelas dan nyata. Beliau pernah mewakili Guan Eng,” kata sumber itu.

Guan Eng, yang merupakan menteri kewangan sekarang, berhadapan pertuduhan rasuah di Pulau Pinang berkaitan penukaran status tanah dan pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran. Kes beliau ditangguhkan ke 30 Julai depan untuk pengurusan kes bagi membolehkan Peguam Negara baru menyemak semula kes tersebut.

Peguam Negara kini, Tan Sri Apandi Ali, diarahkan bercuti selepas beliau enggan mengosongkan jawatan walaupun didesak oleh kerajaan PH.

Berikutan desakan supaya kerajaan melantik segera pengganti Apandi, nama Tommy dicadangkan, tetapi dibantah dalam kalangan anggota kerajaan PH sendiri.

Sumber berkata, apabila nama calon pengganti Apandi dicadangkan, ramai pengamal undang-undang terkejut.

“Kebanyakan menggaru kepala masing-masing. Kebimbangan utama mereka ialah Tommy tidak pernah mengendalikan kes jenayah,” kata sumber itu lagi, walaupun mengakui pengetahuan beliau mengenai aspek perlembagaan undang-undang “sangat baik”.

Penguasaan bahasa Melayu

Sumber juga berkata, ramai pemimpin kanan PH juga menyebut Tommy tidak menguasai bahasa Melayu, dan ini akan meyulitkan lagi hubungan yang sedia rapuh antara kerajaan baru dengan sesetengah Raja-raja Melayu.

“Kata mereka, beliau tidak mampu menyusun satu ayat pun dalam bahasa Melayu,” katanya lagi.

“Ini tentulah bermasalah dalam menjalankan tugas sebagai Peguam Negara, terutama sekali jika ia menghendaki komunikasi dengan pihak istana secara formal.

Kata beliau, calon itu juga tidak mempunyai pengetahuan tentang undang-undang Syariah negara, sedangkan kepentingannya selari dengan undang-undang sivil.

“Jadi teori yang tular bahawa pihak istana menolak pencalonan beliau kerana faktor bukan Melayu dan bukan Islam adalah salah sama sekali, dan mengandungi unsur melobi,” kata sumber itu lagi, yang rapat dengan kelompok pimpinan atasan sebuah parti komponen PH, kepada FMT.

Katanya, pengkritik tidak bermasalah dengan Peguam Negara bukan Melayu, tetapi mengingatkan kerajaan supaya “melangkah dengan berhati-hati dan bijaksana”.

Beliau berkata, “bertindak terburu-buru dengan perubahan radikal” akan menakutkan komponen penting rakyat yang sudah terbiasa dengan kelaziman tidak bertulis.

“Mereka bertanya: ‘Pernahkah ada Peguam Negara bukan Melayu sebelum ini? Jika tiada, maka kelaziman menghendaki beliau seorang Melayu. Mengubahnya bermakna mengubah kelaziman dan dasar’.

“Kata mereka, begitu juga kelaziman Perdana Menteri seorang Melayu,” tambah sumber itu lagi.

Menakutkan orang Melayu

Sumber berkata, dalam satu mesyuarat tertutup anggota kanan kepimpinan PH, terdapat kebimbangan bahawa kerajaan baru dilihat cuba menimbulkan kegelisahan dalam kalangan sebahagian penting rakyat dengan melanggar kelaziman pelantikan seorang bukan Melayu sebagai ketua pendakwa.

“Orang Melayu mungkin melihat perkembangan itu seperti membuka pintu empangan. Mereka akan berkata jika PH berjaya melantik seorang bukan Melayu sebagai Peguam Negara, maka seterusnya seorang Perdana Menteri bukan Melayu pula,” sumber itu memetik kenyataan seorang anggota kerajaan.

“Bagi mereka, jika PH menakutkan orang Melayu berhubung isu mudah begini, ia akan memecahkan masyarakat dan kesannya ialah penolakan PH,” tambah beliau.

Beliau mengingatkan tentang kecenderungan dalam kalangan kelompok pengamal undang-undang menjalankan “kegiatan melobi” untuk calon tersebut dengan memetik Perlembagaan Persekutuan bagi menekankan tentang “had kuasa Raja-raja Melayu”.

“Kegiatan sedemikian hanya menggambarkan sikap tidak peduli pelobi terhadap hak Raja-raja untuk dirundingi dalam perkara melibatkan dasar negara di bawah Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...