*VOTE OF NO CONFIDENCE yg bermaksud UNDI TIDAK PERCAYA.*
Artikel 55(4) dgn jelas mengatakan bahawa parlimen wajib bersidang dalam tempoh 120 hari selepas pembubarannya. Ini bermakna pilihanraya wajib dijalankan selepas pembubaran parlimen dan parlimen wajib bersidang selepas itu tidak lewat daripada selepas 120 hari daripada tarikh selepas pembubaran parlimen. Perdana Menteri sama ada PM baru atau yang lama wajib berdepan dengan sidang dewan buat pertama kali selepas pilihanraya.
Jika PM baru atau kerajaan baru itu didapati tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan seperti menunaikan janji 100 hari selepas pemerintahan, kemudian mendatangkan kemudaratan terhadap kedudukan hak istimewa orang melayu, agama islam sebagai agama rasmi persekutuan dan raja-raja melayu sebagai ketua negeri/negara boleh disingkirkan melalui VOTE OF NO CONFIDENCE (Undi Tidak Percaya).
Undi tidak percaya boleh dibuat untuk menukar PM dan undi tidak percaya kepada kerajaan juga boleh dibuat untuk parlimen dibubar dan ini membolehkan pilihanraya kedua dilaksanakan. Ini yang mahathir risaukan. Dgn kedudukan hanya 13 kerusi dimiliki oleh PPBM, dia bleh ditukar sebagai PM sebaik sidang parlimen dimulakan. *Sebab itu Tun Mahathir berusaha dgn pelbagai cara dgn sedaya upaya untuk mendapatkan sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO* yang memiliki kerusi paling banyak dalam parlimen.
No comments:
Post a Comment