Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 5 July 2018

Luahan DSN : Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah meninggalkan mahkamah dengan ikat jamin.

Sepanjang 42 tahun merentasi karier ini, perjuangan saya sentiasa untuk rakyat dan parti saya. Jika penganiayaan ini adalah harga yang perlu saya bayar demi perjuangan saya untuk rakyat, demi kemakmuran negara, demi kebajikan rakyat, saya sesungguhnya redha dengan dugaan dunia ini.
Mata hati saya, pada ketika melalui dugaan ini, sentiasa pada Allah SWT.
Saya akan mendepani dugaan ini dengan cekal dan saya akan membuktikan saya tidak bersalah melalui proses mahkamah yang adil.
Apapun, sepanjang hampir 24 jam ini, saya dapat lihat sokongan dari rakyat Malaysia kepada saya sama ada dengan hadir di luar bangunan SPRM, di mahkamah dan di media sosial.
Saya juga tersentuh dengan mereka yang mengeluarkan kenyataan, termasuk yang pernah menentang saya pada masa lalu, menyokong saya dan turut menggesa kerajaan untuk memberikan kepada saya layanan yang adil dan menghormati undang-undang.
Sokongan dan kata-kata anda ini sangat bermakna buat kami pada ketika kami merentasi dugaan dunia ini.
Saya juga berterima kasih kepada pegawai dan anggota SPRM dan pihak keselamatan di atas profesionalisme mereka ketika saya ditahan. Saya telah dilayan dengan baik dan penuh hormat.
Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada anda semua di atas sokongan yang tak putus putus kepada saya dan keluarga.
Sesungguhnya, dengan izin Allah, sebagaimana saya perjuangkan hak rakyat, saya akan perjuangkan keadilan untuk diri saya bagi membuktikan saya tidak bersalah pada pertuduhan pertuduhan ini.
Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...