Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 20 July 2018

Rakyat perlu penjelasan SST

Pautan Twitter berkenaan SST dan GST BH di https://twitter.com/bharianmy/status/1019753151841222656
KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat kurang faham mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 September depan.
Berdasarkan tinjauan pendapat dalam talian dilakukan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), daripada 11,462 responden yang menyertainya, seramai 9,979 orang atau 87 peratus tidak memahami perbezaan kedua-dua sistem percukaian itu.
Hanya 1,483 atau 13 peratus menyatakan mereka faham, sekali gus membuktikan penjelasan menyeluruh perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat memahami sistem cukai yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Tinjauan pendapat dalam talian itu dilakukan di laman Twitter akhbar BH, New Straits Times (NST) dan Harian Metro (HM) serta Facebook HM selama 24 jam yang berakhir hari ini.
Tinjauan bertajuk 'Adakah Anda Faham Perbezaan SST dan GST' dengan pilihan jawapan ya atau tidak, diadakan menerusi Twitter @bharianmy, @NST_Online dan @hmetromy serta Facebook Harian Metro dan NST.
Tinjauan ini turut mendapat komen daripada pengguna Facebook dan seorang daripadanya, Norain Mujib menyatakan pihak berwajib perlu memantau kenaikan harga barang walaupun ketika ini GST sifar dikenakan.
"Saya perasan satu sahaja masa mula-mula GST sifar, harga barang punyalah murah tapi sejak kebelakangan nie syarikat sewenang-wenangnya naikkan harga barang sampai mencecah RM3 dari harga asal. Tiadakah yang hendak tolong pantau...Hari itu kata ada orang nak pantau," katanya.
Pandangan itu disokong Syazwan Wan yang berharap pemantauan dikuatkuasakan terhadap pemborong dan peruncit sebagai orang tengah.
"Ada GST atau SST turun banyak mana pun tetap tidak berguna selagi tidak pantau harga pasaran. Tempiasnya tetap kena pada rakyat bawahan. Kemungkinan jugak cara pelaksanaan SST tidak menampakkan perubahan besar," katanya.
Menurut Fa Ka pula, pihak berwajib termasuk Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu memberikan penjelasan tuntas mengenai kedua-dua sistem cukai itu.
"Terdapat banyak contoh pengiraan GST & SST di laman sosial membuatkan segelintir masyarakat keliru. Harap pihak seperti MOF atau KPDNHEP sendiri dapat beri penerangan yang lebih jelas bagaimana perbezaan cukai ini dilaksanakan dari pihak pengilang/pengeluar hingga ke pengguna akhir. Terima kasih," katanya.
Suut Maribi pula berharap, pengenalan SST akan membawa sinar baharu dalam mengurangi harga barang keperluan harian supaya tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah (B40).
"Fahamkah tidak faham, same aje, yang kami nak adalah harga barang keperluan diturunkan supaya tidak membebankan rakyat yang berpendapatan rendah seperti kami," katanya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...