Selepas 1 dan 0.5 tahun.
Apa yang menyedihkan saya adalah melihat pelajar yang terhenti separuh jalan ketika menyambung Master / PhD. Ia terlalu sedih. Saya dapat tahu ada yang tak nak habiskan PhD.
Ini nasihat jujur saya. Jangan, jangan, jangan give up. Jangan sesekali berhenti. Iya, PhD memang susah. Tapi saya boleh jamin SPM sebenarnya lebih susah dari PhD (yes, you are reading it correctly – SPM is harder and more difficult than a PhD degree).
6 bulan pertama saya buat PhD di New Zealand semuanya menjadi habuk. Secara umumnya semua usaha keras saya selama 6 bulan pertama lebur macam tu saja. Tak ada apa yang tinggal. Hilang semuanya.
Pada saat itu saya berfikir banyak perkara. Sama ada tukar supervisor dan projek, tukar universiti atau terjun dari tingkat 8 makmal bangunan Rutherford. The pressure was so intense and the gravity was so strong that I often collapsed and got spaghettified.
Tetapi saya bangkit semula dan masih buat eksperimen yang sama. Cuma ketika itu saya lebih berani meneroka idea-idea baru yang tidak pernah dibincangkan dalam proposal PhD thesis. Waktu juga semakin suntuk kerana 6 bulan pertama telah menjadi sia-sia.
Kawan-kawan saya pada waktu itu sudah mempunyai results yang agak bagus untuk publications dan thesis writing. Saya hanya ada lagi 6 bulan untuk peperiksaan viva pertama (perhaps, it is akin to candidature defense here).
Jika lulus saya boleh meneruskan PhD. Jika gagal saya diberhentikan belajar di New Zealand. Alhamdulillah, saya lulus. Saya dah putus asa tapi supervisor saya terus bagi sokongan dan dorongan.
Sekarang baru saya terfikir, tidak ada apa-apa yang rugi kalau meneruskan pelajaran. Trust me, there is nothing to lose if you keep going. But, please don’t give up.
Tahun pertama, memang harapan nampak sangat tipis untuk dapatkan PhD. Jauh sekali untuk publish banyak artikel dalam jurnal berprestij. Semuanya lintang pukang tak terurus.
Saya hilang punca, tak ada arah. Tak tahu ke arah mana nak dituju. Saya gagal berkali-kali untuk buat shape-controlled gold nanostructures. Lebih teruk, gold nanostructures yang saya buat tidak aktif sebagai catalysts. The deposition was not homogeneous and uniform.
Perlahan-lahan akhirnya semua nampak semakin okey. Semestinya ia boleh dilakukan asalkan saya tak mengalah. I managed to make some gold clusters, collaborations with other theoretical chemists and solid state physicists in Adelaide and the best thing was, I produced some active heterogeneous gold catalysts.
Fast forward, saya menamatkan PhD dalam masa 3 tahun 2 bulan di New Zealand. Dan hari terakhir saya menghantar PhD thesis, artikel ke 6 saya diterima di jurnal Catalysis Science dengan impact factor 5.5 (ranked in Q1).
Kesemua 6 artikel saya di terbitkan di ISI-cited journals dengan ranking Q1. Jurnal paling rendah menerbitkan artikel saya mempunyai impact factor 3.5.
Kenapa saya ceritakan semua ni? Sebab saya tak mahu anda menyerah tak kira betapa sukar sekali pun. Kenapa saya menceritakan semua ini? Kerana saya tak mahu anda berhenti berusaha dan belajar walaupun betapa susahnya Master/PhD.
Trust me, things will turn out to be fine as long as you don’t give up. Keep moving. The best thing is yet to come if you don’t give up.
Sekarang, saya menjadi menjadi Post-Doctoral Researcher di Physics Department. Dan kitaran yang sama berlaku seperti di zaman PhD dulu. Selama setahun saya ‘membazir’ hidup di sini dengan banyak experiments dalam makmal yang tidak menjadi, peralatan rosak dan bahan kimia sampai lambat dari Jerman.
Hanya sekitar 2-3 bulan ini baru results yang bagus menjelma. Dulu saya fikir setelah dapat PhD, kajian-kajian saintifik sepatutnya menjadi senang dan boleh publish artikel ke jurnal berprestij dengan mudah.
But the very nature of scientific research is unpredictable and difficult. You don’t always get what you want/predict. So, be patience and don’t give up.
Lebih 1 tahun 6 bulan di sini, hanya baru pagi tadi saya menerima results yang bagus untuk diterbitkan dalam jurnal.
Ya, 1 tahun 6 bulan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang sudah diperoleh semasa buat PhD di New Zealand. Jika anda fikir, Master/PhD itu susah, anda salah.
Saya yang sudah dapat PhD pun masih terkial-kial buat research. Dan betapa ramai pensyarah di sini yang masih juga bergelut untuk mendapatkan results yang bagus.
Gambar di atas diperoleh selepas 2 tahun berusaha untuk melakukan HAADF-TEM di Jepun dan kemudian kembali ke Adelaide untuk subsequent measurement. Ya, selepas 3 tahun baru dapat results yang bagus dan artikel ini diterbitkan di The Journal of Chemical Physics. So, please don’t give up.
Kenapa saya dedahkan semua ni? Sebab saya nak anda tahu bahawa anda tidak bersendirian. Kita sama-sama lalui level kesusahan yang sama cuma mungkin dalam dimensi yang berbeza.
Kenapa saya menceritakan ini? Kerana kita semua sedang bergelut dengan experimental results untuk mendapatkan hasil yang bagus. Dan anda tidak keseorangan.
So, if you have any problem, come and see me. We can talk. Even if it is a financial problem. But, please don’t give up. Just don’t.
Kalau ada masalah, datang jumpa saya. Hampir semua benda kita boleh bincang. Kalau tak tahu buat TEM analysis, datang jumpa saya.
Saya boleh ajar buat size measurement, calculating lattice fringe, statistical evaluation dan histogram. Kalau tak tahu buat XRD, datang jumpa saya. Saya boleh ajar serba sedikit walaupun tak tahu banyak.
Kalau tak tahu kira stochiometry, percentage yield, error, mole calculation, rate of reaction, datang jumpa saya sebab saya boleh ajar. Tapi tolonglah jangan berhenti and go missing in action.
Datang jumpa saya bila-bila saja anda ada masalah, meski pun anda bukanlah pelajar di bawah seliaan saya. Never, never, never give up. Jangan sesekali berhenti Master/PhD. Memang sekarang susah, tetapi hasilnya nanti lebih manis daripada buah mangga harum manis.
Saya tidak ada masalah kalau bercuti 2, 3 hari atau pun paling lama seminggu. I am flexible and democratic because I am NOT Kim-Jong Un. Saya dulu pun selalu lari dari makmal dan pergi main salji di Mt. Hutt atau bercuti di Queenstown.
Begitu juga dengan anda. Berehatlah beberapa hari dengan bercuti ke Cameron Highland, Pulau Pangkor atau ke mana saja yang anda mahu pergi. Tapi jangan putus asa. Please don’t give up and quit no matter how hard it is. Because I care about YOU.
Dan jangan lupa banyakkan berdoa. We all need prayers because we are living on prayers.
Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian yg sangat memotivasi dan membantu.
ReplyDeleteBoleh saya dapatkan email Dr?
Saya ada beberapa soalan nak tanya