Oleh : Saif Al Battar
Di bawah ini adalah ringkasan sejarah kelompok Rafidhah (sebutan yang diberikan para ulama terhadap aliran Syi’ah), satu virus yang membahayakan aqidah umat Islam. Kami akan tampilkan – dengan izin Allah – peristiwa-peristiwa nyata dan penting yang pernah dilalui dalam sejarah mereka. Semoga ringkasan singkat ini mampu membuka pandangan majoriti Ahlus Sunnah yang telah termakan isu dan slogan-slogan pendekatan antara Islam dan Rafidhah.
3. bahaya syiah - rintihan ahlussunnah di Iraq (bahagian 3)
14 HIJRAH : Pada tahun inilah pokok dan asas dari kebencian kaum Rafidhah terhadap Islam dan kaum muslimin, kerana pada tahun ini meletus perang Qadisiyyah yang mengakibatkan runtuhnya kerajaan Parsi Majusi, nenek moyang kaum Rafidhah. Pada saat itu, kaum Muslimin dibawah kepemimpinan Umar bin Khattab Radhiyallahu ‘anhu.
16 HIJRAH : Kaum Muslimin berhasil menakluki ibu kota Kaisar, Parsi, Mada’in. Dengan ini hancurlah kerajaan Parsi. Kejadiaan ini masih disesali oleh kaum Rafidhah hingga saat ini.
23 HIJRAH : Abu Lu’lu’ah Al-Majusi yang dikenali sebagai Baba ‘Alauddin oleh kaum Rafidhah telah membunuh Khalifah Umar bin Khattab Radhiyallahu ‘anhu. Ini merupakan salah satu simbol mereka dalam memusuhi Islam.
34 HIJRAH : Munculnya Abdullah bin saba’, si yahudi dari Yaman yang digelarkan Ibnu Sauda’, berpura-pura masuk Islam, tapi menyembunyikan kekafiran dalam hatinya. Dia menggerakkan kekuatan dan melancarkan provokasi melawan khalifah ketiga Utsman bin Affan Radhiyallahu ‘anhu hingga khalifah tersebut dibunuh oleh para pemberontak kerana fitnah yang dilancarkan oleh Ibnu Sauda’ (Abdullah bin Saba’) pada tahun 35 Hijrah. Keyakinan yang diserukan oleh Abdullah bin Saba’ ini berasal dari pokok-pokok ajaran Yahudi, Nasrani dan Majusi iaitu bertuhankan Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, wasiat, raj’ah, wilayah, keimamahan, bada’ dan lain-lain.
36 HIJRAH : Malam sebelum terjadinya perang Jamal, kedua belah pihak telah sepakat untuk berdamai. Mereka bermalam dengan sebaik-baik malam sementara Abdullah bin Saba’ berserta pengikutnya bermalam dengan penuh kemunafikan. Lalu dia membuat provokasi kepada kedua belah pihak hingga terjadilah fitnah seperti yang diinginkan oleh Ibnu Saba’. Pada masa kekhilafahan Ali bin Abi Thalib, kelompok Abdullah bin Saba’ datang kepada Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu seraya berkata, “Kamulah, kamulah!!” Ali bin Abi Thalib menjawab: “Siapakah saya?”, mereka berkata: “Kamulah sang pencipta!”, lalu Ali bin Abi Thalib menyuruh mereka untuk bertaubat tapi mereka menolak. Kemudian Ali bin Abi Thalib menyalakan api dan membakar mereka.
Tokoh Syiah diperangkap Ulama' Ahli Sunnah! Lawak!
Sumber di sini :
41 HIJRAH : Tahun ini adalah tahun yang paling dibenci oleh kaum Rafidhah kerana tahun ini dinamakan tahun jama’ah (tahun penyatuan) kaum muslimin dibawah pimpinan sang penulis wahyu, khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan Radhiyallahu ‘anhu, dimana Hasan bin Ali bin Abi Thalib menyerahkan kekhilafahan kepada Mu’awiyah. Maka dengan ini surutlah tipu daya kaum Rafidhah.
61 HIJRAH : Pada tahun ini, Husein bin Ali Radhiyallahu ‘anhu terbunuh di karbala iaitu pada hari ke-10 bulan muharram setelah ditinggalkan oleh para penyokong dan diserahkan kepada pembunuh.
260 HIJRAH : Hasan Al-Askari meninggal dunia, namun kaum Rafidhah menyangka bahawa imam ke-12 yang ditunggu-tunggu (Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari) telah bersembunyi di sebuah Sirdab (ruang bawah tanah) di Samurra’ dan akan kembali lagi ke dunia.
277 HIJRAH : Munculnya gerakan Al-Qaramithah beraliran Rafidhah di daerah Kufah dibawah kendalian Hamdan bin Asy’ats yang dikenali dengan julukan Qirmith.
278 HIJRAH : Munculnya gerakan Al-Qaramithah beraliran Rafidhah di daerah Bahrain dan Ahsa’ yang dipelopori oleh Abu Sa’id Al-Janabi.
280 HIJRAH : Munculnya kerajaan Zaidiyah beraliran Rafidhah di Sa’dah dan San’a daerah Yaman, dibawah kepemimpinan Al-Husein bin Al-Qasim Ar-Rasiy.
297 HIJRAH : Munculnya kerajaan Ubaidiyin di Mesir dan Maghribi (Morocco) yang didirikan oleh Ubaidillah bin Muhammad Al-Mahdi.
61 HIJRAH : Pada tahun ini, Husein bin Ali Radhiyallahu ‘anhu terbunuh di karbala iaitu pada hari ke-10 bulan muharram setelah ditinggalkan oleh para penyokong dan diserahkan kepada pembunuh.
260 HIJRAH : Hasan Al-Askari meninggal dunia, namun kaum Rafidhah menyangka bahawa imam ke-12 yang ditunggu-tunggu (Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari) telah bersembunyi di sebuah Sirdab (ruang bawah tanah) di Samurra’ dan akan kembali lagi ke dunia.
277 HIJRAH : Munculnya gerakan Al-Qaramithah beraliran Rafidhah di daerah Kufah dibawah kendalian Hamdan bin Asy’ats yang dikenali dengan julukan Qirmith.
278 HIJRAH : Munculnya gerakan Al-Qaramithah beraliran Rafidhah di daerah Bahrain dan Ahsa’ yang dipelopori oleh Abu Sa’id Al-Janabi.
280 HIJRAH : Munculnya kerajaan Zaidiyah beraliran Rafidhah di Sa’dah dan San’a daerah Yaman, dibawah kepemimpinan Al-Husein bin Al-Qasim Ar-Rasiy.
297 HIJRAH : Munculnya kerajaan Ubaidiyin di Mesir dan Maghribi (Morocco) yang didirikan oleh Ubaidillah bin Muhammad Al-Mahdi.
317 HIJRAH : Abu Thahir Ar-Rafidhi Al-Qurmuthi sampai dan memasuki kota Mekah pada hari tarwiyah (8 Dzulhijjah) lalu membunuh jemaah Haji di masjidil Haram serta mencongkel Hajar Aswad dan membawanya ke tempat ibadah mereka di Ahsa’ dan hajar Aswad itu berada disana sampai tahun 355 H. Kerajaan mereka tetap wujud di Ahsa’ hingga tahun 466 H. Pada tahun ini berdirilah kerajaan Hamdaniyah di Mousul dan Halab, kemudian tumbang pada tahun 394 H.
Kantoi KHALID ISMATH agen SYIAH!
329 HIJRAH : Pada tahun ini Allah telah menghinakan kaum Rafidhah kerana pada tahun ini bermulalah Ghaibah Al-Kubra atau menghilang selamanya. Menurut mereka, imam Rafidhah yang ke-12 telah menulis surat dan sampai kepada mereka yang bunyinya: “Telah dimulailah masa menghilangku dan aku tidak akan kembali sampai masa yang diizinkan oleh Allah, maka barangsiapa yang mengatakan bahawa dia telah berjumpa denganku maka dia adalah pendusta dan telah tertipu.” Semua ini mereka lakukan dengan tujuan menghindari akan banyaknya pertanyaan orang-orang awam kepada ulama mereka tentang keterlambatan Imam Mahdi keluar dari persembunyiannya.
320-334 HIJRAH : Munculnya kerajaan Buwaihiyah beraliran Rafidhah di daerah Dailam yang didirikan oleh Buwaih bin Syuja’. Mereka membuat kerosakan di Kota Baghdad, Iraq, sehingga orang-orang bodoh pada masa itu mulai berani memaki-maki para Sahabat Radhiyallahu ‘anhum.
339 HIJRAH : Hajar Aswad dikembalikan ke Makkah atas arahan dari pemerintah Ubaidiyah di Mesir.
352 HIJRAH : Pemerintahan Buwaihiyun mengeluarkan peraturan untuk menutup pasar-pasar pada tanggal 10 muharram dan memberhentikan semua kegiatan jual beli. Lalu para wanita keluar rumah tanpa mengenakan jilbab dengan memukul-mukul diri mereka di pasar-pasar. Pada saat itulah pertama kali dalam sejarah diadakan perayaan kesedihan atas meninggalnya Husein bin Ali bin Abi Thalib.
Air Mataku Menitis Melihat Kesabaran Lelaki Ini Tatkala Di Maki...
358 HIJRAH : Kaum Ubaidiyun beraliran Rafidhah menguasai Mesir. Salah satu pemimpin yang terkenal adalah Al-Hakim Biamrillah yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan dan menyeru kepada ajaran reinkarnasi (carnation / kelahiran semula). Dengan runtuhnya kerajaan ini pada tahun 568 H muncullah gerakan Druz yang berfaham kebatinan.
402 HIJRAH : Keluarnya pernyataan kebatilan nasab Fatimah yang digembar-gemburkan oleh penguasa kerajaan Ubaidiyah di Mesir dan menjelaskan ajaran mereka yang sesat dan mereka adalah zindiq dan telah dihukumi kafir oleh seluruh ulama’ kaum muslimin.
408 HIJRAH : Penguasa kerajaan Ubaidiyah di Mesir yang bernama Al-Hakim Biamrillah mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan. Salah satu dari kehinaannya adalah dia berniat untuk memindahkan kubur Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dari kota Madinah ke Mesir sebanyak 2 kali. Yang pertama adalah ketika dia disuruh oleh beberapa orang zindiq untuk memindahkan jasad Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ke Mesir. Lalu dia membangun bangunan yang megah dan menyuruh Abul Fatuh untuk membongkar kubur Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tetapi masyarakat tidak rela dan memberontak sehingga membuatkan dia membatalkan niatnya. Yang kedua ketika beliau mengutus beberapa orang untuk membongkar kubur Nabi. Utusan ini tinggal berdekatan masjid dan membuat lubang menuju kubur Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Perbuatan ini sampai kepada pengetahuan penduduk Madinah lalu utusan tersebut dibunuh.
483 HIJRAH : Munculnya gerakan Al-Hasyasyin yang menyeru kepada kerajaan Ubaidiyah berfahaman Rafidhah di Mesir yang didirikan oleh Al-Hasan As-Shabah, berketurunan darah persia untuk memulai dakwahnya di wilayah Parsi pada tahun 473 Hijrah.
500 HIJRAH : Penguasa Ubaidiyun membangun sebuah bangunan yang megah di Mesir dan diberi nama mahkota Al-Husein. Mereka menyangka bahawa kepala Husein bin Ali bin Abi Thalib dikuburkan di sana. Hingga saat ini banyak kaum Rafidhah yang pergi melaksanakan Haji ke tempat tersebut. Kita bersyukur kepada Allah atas nikmat akal yang diberikan kepada kita, kita (ahlus sunnah) tidak bodoh mengikut jejak langkah mereka.
656 HIJRAH : Penghianatan besar yang dilakukan oleh Rafidhah pimpinan Nasiruddin At-Thusi dan Ibnul Alqomi yang bersekongkol dengan kaum Tartar Mongolia sehingga kaum Tartar masuk ke Baghdad dan membunuh lebih dari 2 juta orang Islam dan membunuh sejumlah besar dari Bani Hasyim yang seolah-olah dicintai oleh kaum Rafidhah. Pada tahun yang sama muncullah kelompok Nushairiyah yang didirikan oleh Muhammad bin Nusair berfaham Rafidhah Imamiyah.
907 HIJRAH : Berdirinya kerajaan Shafawiyah di Iran yang didirikan oleh Syah Ismail bin Haidar Al-Shafawi yang juga seorang Rafidhah. Dia telah membunuh hampir 2 juta Ahli Sunnah yang menolak memeluk agama Rafidhah. Pada saat masuk ke Baghdad dia telah memaki-maki Khulafa’ Rasyidin di depan umum dan membunuh siapa saja yang tidak mahu memeluk agama Rafidhah. Beliau juga telah membongkar banyak kubur orang-orang Sunni (Ahlus Sunnah) seperti kubur Imam Abu Hanifah.
Termasuk peristiwa penting yang terjadi pada masa kerajaan Shafawiyah adalah ketika Shah Abbas melakukan Haji ke Masyhad untuk menandingi dan memalingkan orang-orang yang melakukan Haji ke Makkah. Pada tahun yang sama Shadruddin Al-Syirazi memulakan dakwahnya kepada mazhab Baha’iyah. Mirza Ali Muhammad Al-Syirazi mengatakan bahawa Allah telah masuk ke dalam dirinya, setelah mati dia digantikan oleh muridnya Baha’ullah. Sementara itu di India muncul kelompok Qadiyaniyah pimpinan Mirza Ghulam Ahmad yang mengatakan bahwa dirinya ialah Nabi dengan keyakinan-keyakinan yang batil. Kerajaan Safawiyah berakhir pada tahun 1149 Hijrah.
1218 HIJRAH : Seorang Rafidah dari Iraq datang ke daerah Dar’iyah di Najd dan menampakkan kesolehan serta kezuhudannya. Pada suatu hari, dia solat di belakang Imam Muhammad bin Su’ud lalu si Syiah berkenaan membunuh Imam Muhammad bin Su’ud ketika sedang sujud dalam solat Ashar dengan menggunakan belati yang disembunyikan. Semoga Allah memerangi kaum Rafidhah para pengkhianat.
1289 HIJRAH : Pada tahun ini buku Fashlul Khitab fi Itsbati Tahrifi Kitabi Rabbil Arbab (kalimat penjelasan bahawa kitab Allah telah diselewengkan dan diubah) karangan Mirza Husain bin Muhammad An-Nuri At-Thibrisi. Kitab ini memuat pendapat dan bukti-bukti yang direka oleh Rafidhah bahawasanya Al-Qur’an yang ada saat ini telah diselewengkan, dikurangi dan ditambah.
1366 HIJRAH : Sebuah majalah Rafidhah dengan nama Birajmil Islam terbit dengan memuat syair-syair yang mengutamakan tanah Karbala mebelibihi Makkah Al-Mukarramah.
Ia karbala tanah membentang, thawaflah tujuh kali pada tempat kediamannya,
Tanah Makkah tak memiliki keistimewaan dibanding keistimewaannya,
Sebongkah tanah, meski hamparan gersang adanya,
Mendekat dan mengangguk-angguk bahagian atasnya kepada bahagian yang dibawahnya.
1389 HIJRAH : Khomeini menulis buku Wilayatul faqih dan Al-Hukumah Al-Islamiyah. Sebahagian kekafiran yang ada pada buku tersebut (Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 35) : Khomeini berkata bahawa termasuk keyakinan pokok dalam mazhab kami adalah bahawa para imam kami memiliki posisi yang tidak dapat dicapai oleh para malaikat dan para Nabi sekalipun.
1399 HIJRAH : Berdirinya pemerintahan Rafidhah di Iran yang didirikan oleh penghianat besar Khomeini setelah berhasil menumbangkan pemerintahan Syah di Iran. Ciri khas negara Syi’ah Iran ini adalah mengadakan demonstrasi dan tindakan anarkis atas nama revolusi Islam di tanah suci Mekah pada hari mulia iaitu musim haji pada setiap tahun.
1400 HIJRAH : Khomeini menyampaikan pidatonya pada peringatan lahirnya Imam Mahdi fiktif mereka pada tanggal 15 sya’ban. Sebahagian pidatonya berbunyi demikian : “Para Nabi diutus Allah untuk menanamkan prinsip keadilan di muka bumi tapi mereka tidak berhasil, bahkan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diutus untuk memperbaiki kemanusiaan dan menanamkan prinsip keadilan tidak berhasil.. yang akan berhasil dalam misi itu dan menegakkan keadilan di muka bumi serta dapat meluruskan segala penyimpangan adalah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu….” Begitulah menurut Khomeini para Nabi telah gagal, termasuk Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sementara revolusi kafirnya dianggapnya sebagai suatu keberhasilan dan keadilan.
1407 HIJRAH : Jemaah haji iran mengadakan demonstari besar-besaran di kota Makkah pada hari Jumaat di musim haji tahun 1407 H. Mereka melakukan kerosakkan di kota Makkah seperti yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka kaum Al-Qaramithah. Mereka membunuh beberapa orang petugas keselamatan dan jemaah haji, merosak dan membakar kedai, menghancurkan dan membakar kereta-kereta dan orang-orang yang berada di dalamnya. Jumah korban saat itu mencapai 402 orang, 85 dari mereka adalah pasukan keselamatan dan penduduk Saudi.
1408 HIJRAH : Mu’tamar Islam yang diadakan oleh Liga Dunia Islam di Makkah mengumumkan fatwa bahwa Khomeini telah KAFIR.
1409 HIJRAH : Pada musim haji tahun ini kaum Rafidhah meledakkan beberapa bom tempat di sekitar Masjidil Haram di kota Makkah. Mereka meledakkan bom itu tepat pada tanggal 7 Dzulhijjah dan mengakibatkan kematian seorang jemaah haji dari Pakistan dan mencederakan 16 orang yang lain, serta mengakibatkan kerosakan yang begitu besar. 16 pengganas Rafidhah itu berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati pada tahun 1410 Hijrah.
1410 HIJRAH : Khomeini Laknatullah mati dalam keadaan yang amat teruk. Semoga Allah memberinya balasan yang setimpal. Kaum Rafidhah membangun sebuah bangunan diatas kuburannya yang menyerupai ka’bah di Makkah, semoga Allah memerangi mereka.
Sejarah pasti akan berulang. Pengkhianatan Syiah Ar-Rafidhah yang dilakukan oleh mereka pasti akan terjadi. Tujuan mereka hanyalah satu : Untuk menghancurkan islam dan melemahkan kita kaum Muslimin. Ketahuilah wahai kaum muslimin, setiap kali ada pengkhianatan terhadap ahlus sunnah, hampir pasti dibelakangnya ada campur tangan kaum Rafidhah.
Baca selanjutnya:
Follow us: @penaminang on Twitter | penaminangfanpage on Facebook
No comments:
Post a Comment