Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 23 July 2018

Teruskan projek jika baik untuk rakyat - Najib


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan waris keluarga tragedi MAS MH17 pada majlis doa selamat dan solat hajat sempena ulangtahun kelahiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan meraikan ahli keluarga kemalangan pesawat MH17 di kediamannya Jalan Langgak Duta. - Foto Hafiz Sohaimi
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan supaya meneruskan projek terdahulu yang bermanfaat untuk rakyat dan membatalkannya jika tidak baik untuk negara.
Mengambil contoh pembatalan Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3), Najib berkata, kerajaan kini tidak sepatutnya membatalkan projek hanya kerana ia dilaksanakan kerajaan terdahulu.
"Sekiranya kerajaan kini dapati projek yang dilaksanakan tidak baik, batalkan saja. Tapi, mereka (kerajaan) perlu keluar dengan idea yang lebih baik.
"Anda boleh batalkan projek yang ada tetapi buatlah untuk kebaikan rakyat. Persoalannya kini, adalah anda lakukan untuk kebaikan rakyat atau sebaliknya?" katanya.
Najib berkata demikian pada majlis doa selamat dan solat hajat sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-65 dan meraikan ahli keluarga mangsa tragedi MH17, di kediamannya, di sini, malam ini.
Yang turut hadir ibu Najib, Tun Rahah Mohd Noah; isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga terdekat.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan terdahulu tidak sepatutnya dipersalahkan, malah kerajaan kini perlu lakukan yang terbaik untuk berikan hak rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.
"Tanggal 9 Mei masih segar di ingatan rakyat Malaysia dan 100 hari sudah menghampiri ke penghujungnya. Berapa banyak janji yang sudah dilaksanakan?
"Rakyat tidak sepatutnya terima kurang daripada apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan," katanya.
Jelasnya lagi, ketika menjadi kerajaan, beliau tidak pernah menjanjikan perkara yang tidak boleh laksanakan.
"Saya tidak sanggup untuk berdepan dengan Allah SWT sekiranya gagal menunaikan janji kepada rakyat semasa saya mentadbir.
"Saya tidak mahu dituduh berbohong kepada rakyat. Disebabkan itulah saya buat yang terbaik semasa menjadi Perdana Menteri," katanya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...