Pernah dengar nama Ummu Sibyan? nama orang ke ? jangan sembarang buat nama anak pula.
Ummu Sibyan ini adalah sejenis kaum jin betina yang suka mengganggu bayi dan kanak2 yang berusia kurang dari 2 tahun serta ibu mengandung. Antara salah satu asbab baby yang baru lahir perlu diazankan adalah agar tidak diikuti oleh jin jenis ni. Tetapi ada yang dah diazankan pun masih mengikut.. taktahula azan tak betul ke...? Ujian kasih sayang dari Allah SWT sebenarnya.
Apa kerja jin Ummu Sibyan?
mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta ibu mengandung.
Jin Ummu Sibyan memiliki muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak,Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.
Seperti yang di ceritakan dalam kisah “Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”,jin ini berkata ia boleh memasuki dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbatnya dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung.
Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:-
1.Sawan Tangis
2.Hiperaktif
3.Nakal
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.
Tanda-tanda bayi dan kanak2 terkena gangguan jin Ummu Sibyan.
Bayi menangis tak berhenti (mata biasanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
Kanak-kanak sedang berjalan/berlari tiba2 jatuh seakan2 ditolak
Mengigau sambil laga gigi berulang kali.
Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh
Tanda tanda ibu mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan
Rasa sesak di dada yang sering dirasakan setelah waktu asar, sehingga tengah malam..
Kusut pikiran.
Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
Mengigau ketika tidur.
Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
Macam mana cara atasi sebelum gangguan berlaku atau dah berlaku.. ?
Kredit: Rawatan Al-Mubin Syifa Al-Ikhlas
No comments:
Post a Comment