Beberapa tahun lepas saya berpeluang untuk berjumpa dengan otai grindcore, musician dan pelukis handalan Malaysia; abang Fathul di rumahnya, hasil arrangement Jay yang memang rapat dengan beliau dari waktu muda lagi. Kebetulan hari yang sama Jay bagitau yang Tembakau juga akan ke rumah beliau untuk sesi borak lepak yang tergendala beberapa menjak sebelumnya.
Dengan habis hati aku selongkar balik stor buku rumah dan berjaya dapatkan buku Kartini cetakan kedua tahun 1998 dibeli oleh abang Norman Hafizi Bin Alfan berharga RM10. Selepas sesi melepak, aku dengan segan-segan mintak beliau turunkan tandatangan— ini adalah buku kedua yang berjaya aku dapatkan tandatangan dari pelukis komik tempatan kegemaran, yang pertama datang dari Ujang.
“Weh, aku pun dah takde dah buku cetakan ni. First cetakan kami buat sikit, kemudian kami cetak lagi sebab dah habis.”
Buku tu dah lama. Dan buku tu juga lah aku baca tiap kali heartbreak untuk rawat hati sendiri waktu remaja lagi, bahawa takde cinta yang selamanya. Disuntik dengan elemen islami bersahaja, Tembakau juga berjaya introduce Pantera dan Pearl Jam lalu meresap dalam consciousness sebelum jiwa heavy metal memberontak keluar beberapa tahun selepasnya.
Sesi terakhir cuma dapat berhubungan melalui twitter. Sempat juga aku like sebab hero kau nak reply tweet memang bukan hal biasa. Kami borak pasal Loudness, influence besar untuk aku dan bebudak akhir 80s yang layan rock kapak.
Aku harap Tuhan dah sediakan tempat yang best untuk Tembakau, atau Azhar Ahmad, nama sebenar beliau. Sebab aku rasa bukan aku dan Jay sahaja terkesan dan terbantu oleh komik beliau, ramai lagi rasanya dalam Malaysia ni yang terkesan, termasuklah generasi baru yang membaca komik tersebut.
Harapan aku nampaknya sedikit nipis untuk melihat jilid ketiga komik kartini, apatah lagi filem tersebut yang dikatakan dalam pembikinan pra produksi.
But akhirnya aku cuma nak Tuhan sediakan tempat yang best untuk Tembakau. Sebab karya beliau dah banyak menolong zaman remaja aku yang tak berapa nak cemerlang, dan aku harap karya Kartini akan terus hidup, sampai kiamat. Biarlah seorang saintis dari zaman 100, 000 tahun lagi berjaya menemukam fosil komik tersebut dan meletakkan karya itu sehebat Ramayana dan Mahabrata ataupun Tale of Genji.
No comments:
Post a Comment