Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 2 August 2018

Bincang dulu sebelum mansuh SOSMA - MCPF

NAIB Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye. - Foto Edmund Samunting
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mendapat pandangan dan maklum balas daripada polis dan pihak berkepentingan lain bagi memastikan tindakan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak meningkatkan kadar jenayah dan aktiviti pengganas.
Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, terdapat peningkatan yang signifikan dalam kadar jenayah negara selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan pada 2012 dan diikuti dengan pembebasan bekas tahanan ISA.


"Antara pihak berkepentingan yang harus dirundingi pihak kerajaan termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam kegiatan memerangi jenayah serta mempertahankan hak asasi manusia.
"Walaupun kita sentiasa menyokong hak asasi manusia dan memastikan hak mereka yang mungkin ditangkap turut dilindungi, adalah penting untuk kita melindungi hak mangsa jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, diharapkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan rundingan secara mendalam dengan polis dan pihak berkepentingan lain sebelum meneruskan rancangan untuk memansuhkan SOSMA.
Semalam Dr Mahathir dilaporkan berkata kerajaan akan memansuhkan SOSMA bagi memberi keadilan kepada rakyat dan rakyat akan dilindungi dengan undang-undang yang adil supaya setiap kesalahan yang dilakukan ditentukan pihak mahkamah.
Perdana Menteri dilaporkan berkata, ada undang-undang di negara ini yang didapati menekan dan bersifat zalim kepada rakyat diperkenalkan ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...