Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 16 August 2018

GAGAL TUNAI JANJI: KERAJAAN PH TAK AKAN MINTA MAAF

GAGAL TUNAI JANJI: KERAJAAN PH TAK AKAN MINTA MAAF

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berpendapat, tiada keperluan untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) memohon maaf kepada rakyat walaupun gagal menunaikan 10 janji dalam tempoh 100 hari manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau berkata, ini kerana kerajaan tetap komited dan telah berusaha sedaya upaya melaksanakannya dalam tempoh tersebut.
Bila ditanya mengenai adakah Kerajaan PH akan meminta maaf kerana gagal tunaikan janji 100 hari, Wan Azizah menjawab.
“Tidaklah. Memang tidak seperti yang kita harapkan namun kita sudah cuba sedaya-upaya sekurang-kurangnya di kementerian saya sudah buat EPF SURI, saya sudah berjaya mempromosi dan menjalankan program tersebut.
“GST memang susah sekali, sekarang ini kita nak buat (SST) supaya kita mampu menampung keperluan dan menangani ekonomi negara,” katanya kepada pemberita hari ini.
Wan Azizah masih percaya rakyat tetap menyokong Kerajaan PH walaupun janji tidak ditunaikan. Ini diterjemahkan semasa PRK di Sg Kandis baru-baru ini kerana PH menang dengan majoriti besar. Oleh sebab itulah kerajaan tidak perlu memohon maaf.
-Tun Carlos

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...