Dipetik dari fb : Nusaybah Anuwar
"Bulan Islam berapa haribulan harini abi?" laung isteri cantik itu dari dapur.
"Zulkaedah 15 rasanya, kenapa?" kedengaran laungan balas selepas sunyi seketika (tengah check kalendar lettew)
Memang ngam, dah agak dah... (bisik si isteri dalam hati)
"Meh tengok ni, ibu seriously tengah ketar jari"
Selama pegang title kakngah yang sejak umur darjah 3 dah reti goreng ikan sendiri, ini pertama kali meremang segala bulu bila siang ikan.
Cymothoa exigua - ini adalah nama sejenis "fish parasite" yang merempuh masuk melalui insang untuk menempel pada lidah ikan.
Spesies jenis ni akan memotong bekalan darah ikan di situ sehingga lidah ikan jadi rosak dan tertanggal. (ngeri bila dibayangkan)
Maaflah kalau korang yang tengok ni rasa geli geleman sebab Kak Ebah sendiri pun, sedekah kat kucing terus ikan-ikan tu semua.
Walaupun ada yang kata boleh je makan lepas buang benda tu, walaupun tahu memang wujud si dia ni kat sekeliling kita, tak tergamak nak makan dah ikan yang sama kita tengok sendiri parasitnya depan mata.
Daripada 11 ekor ikan yang Kak Ebah beli, 8 ekor daripanya semua ada makhluk tu. Rasa macam ada yang naik merayap atas lengan 🐛🐛🐛
Dalam ikan, celah-celah sayur, semua tempat pun depa ni ada. Especially pada anggota badan dan makanan yang tak dicuci bersih. Tinggal lagi kita ni nampak atau tak je.
Antara makanan pembunuh parasit semulajadi supaya ia tak dapat masuk dan bercicit-piut dalam badan kita ialah :
1. Bawang putih - menyingkirkan cacing gelang
2. Bawang bombay - menyingkirkan cacing benang
3. Biji labu - menyingkirkan parasit pada usus
4. Nenas - menyingkirkan cacing pita
5. Kelapa, minyak kelapa dan segala yang berunsurkan kelapa - mencegah dan merencatkan pembiakan cacing
Dan...
Kurangkan (atau lebih baik berhenti terus) daripada mengambil makanan pembiak parasit seperti gula putih, gandum dan sumber gluten, makanan yang diproses serta makanan segera yang tinggi kandungan bahan perasa terutamanya pada pertengahan bulan islam.
Cuba ingat balik masa craving makan manis-manis, mood swing asyik rasa nak marah, anak-anak batuk berkahak, eczema tiba-tiba flares teruk.
Semua itulah petanda cacing tengah berjimba yang dipanggil fenomena full moon. Masa bulan mengambanglah parasit ni semua tengah subur, galak mengawan, bertelur, membiak.
Parasite is real.
Detox parasite is a must.
Agak-agak, bila kali terakhir kita telan ubat cacing? Ataupun, memang dari zaman kecil dulu pun lansung tak pernah makan?
Sabtu minggu lepas punya cerita ni. Sorry ye cik ikan mata besar, kita clash dulu buat sementara waktu.
*Baru tergerak nak cerita sebab dia punya seram sejuk tu, tak dapat nak describe dengan kata-kata. 😂
share!
No comments:
Post a Comment