Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 7 August 2018

Najib ke mahkamah

ANGGOTA Polis mengawal keadaan mahkamah bagi persediaan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba bagi menghadapi tiga tuduhan mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiagaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001 di Mahkamah Seksyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini pada jam 8.40 pagi menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.
Ahli Parlimen Pekan itu dijangka berhadapan pertuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd.
Najib yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire putih diiringi beberapa kenderaan lain dan kenderaan polis.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam satu kenyataan, memaklumkan Najib hadir ke Akademi Pencagahan Rasuah Malaysia (MACA) bagi memberi keterangan selama kira-kira 45 minit
Pada 4 Julai lalu, Najib, 65, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna jawatan untuk kepentingan peribadi melibatkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International.
Kes itu akan disebut hari ini di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...