※ Parti PKR dan PPBM merupakan parti serpihan UMNO dan parti AMANAH adalah parti serpihan PAS. Asas utama penubuhan parti2 PKR, PPBM dan AMANAH adalah berpunca dari sikap kecewa dan dendam pemimpin mereka terhadap pimpinan parti UMNO dan PAS. Sikap dan dasar perjuangan yang disemat oleh pemimpin kepada penyokong2 mereka adalah isu agama Islam yang menjadi tunjang utama PAS dan nilai2 perjuangan agama, bangsa dan tanah air serta semangat patriotik yang dibawa oleh UMNO sudah tidak relevan lagi di arus perdana politik Malaysia.
※ Tun Mahathir adalah bekas PM ke-4 dan kini PM ke-7 merupakan ahli politik yang secara praktik berpegang kepada falsafah Machiaville. Menurut Machiavelli, politik dan moral adalah 2 bidang yang tidak memiliki hubungan sama sekali. Di setiap urusan politik, yang dilihat hanyalah kejayaan sehingga perhatian rakyat tidak pada moral. Hanya satu kaedah etika politik iaitu yang baik adalah apa saja yang mampu perkuatkan cengkaman kekuasaan.
※ Falsafah Machiavelli di antaranya menyatakan;
i. "Seorang pemimpin tidak kisah dianggap kejam, seandainya dia dapat memastikan rakyatnya hidup aman dan patuh kepada undang2, kerana ia lebih baik mengenakan hukuman berat kepada beberapa individu, berbanding kasih sayang melampau dengan membiarkan kacau-bilau berleluasa. Pendekatan ini lebih kepada proses matlamat menghalalkan cara.
ii. "Adalah lebih baik digeruni daripada disayangi'.
iii. "Dianggap sebagai seorang yang kejam bukanlah sesuatu yang buruk".
iv. Manusia mempunyai 2 sifat yang bertentangan iaitu sifat baik dan sifat buruk. Situasi ini memudahkan siapa jua memiliki sifat yang ganas, kejam, licik serta bijak seperti mana kaedah atau konsep melakonkan watak “Singa dan Tikus”.
v. Pemerintah harus bijak mengaburi mata rakyat dengan kebaikan dan harus bijak sembunyikan salah laku atau kekejaman yang mereka lakukan bagi mengekalkan kekuasaan.
※ Pada prinsipnya, Tun Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mempunyai persamaan pada karakter politiknya apabila pegangan politik mereka berasas kepada falsafah Machiaville. Cuma, yang berbeza adalah DSAI berjaya menarik minat rakyat menyertai gerakan REFORMASI manakala Tun Mahathir berjaya melakukan pengukuhan kuasanya melalui sistem Mahathirisme yang tidak ada pada pemimpin lain.
※ Mahathirisme boleh diistilahkan sebagai satu sistem idea dan tindakan politik kelas kecil masyarakat teratas yang koloborasi bercampur antara kronisme dan nepotisme. Manakala Réformasi didefinasikan sebagai keinginan satu kumpulan peradaban manusia yang menuntut supaya suatu perubahan atau pembaharuan perlu dilakukan di dalam sistem sosial, politik dan kebudayaan sesebuah negara.
※ Interpretasi kepada gerakan reformasi itu diilhamkan dari satu peristiwa yang berlaku di zaman gerakan Pembaharuan Eropah di Saxony German pada 31hb Oktober 1517. Gerakan Pembaharuan Eropah ini merupakan penyebab lahirnya gereja Protestan yang berpisah dari gereja Khatolik. Reformasi protestan mencapai perdamaian dengan khatolik setelah 131 tahun bermusuhan.
※ Falsafah Machiavelli juga dilihat seolah2 meramal tindak tanduk Tun Mahathir terhadap bekas PM ke-6 DS Najib. Menurut Machiavelli, apabila individu tersebut berjaya mendominasi atau mengambil alih kuasa untuk memerintah, pelbagai masalah akan mula ditimbulkan kerana corak pemerintahan kerajaan baru sudah tentu tidak disukai oleh rakyat jelata.
※ Kesannya, pemerintah itu akan hilang bantuan atau sokongan daripada rakyat sendiri semasa mengalami kesusahan. Maka Machiavelli percaya bahawa seseorang pemerintah yang ingin berjaya perlu memilih satu antara dua pilihan sama ada lawannya perlu dibiarkan untuk disayangi rakyat atau lawannya perlu dilemahkan secara habis2an kerana jika seseorang rakyat itu diberi hukuman yang ringan, maka beliau masih berupaya bangkit semula untuk mengambil tindak balas menentang pemerintahan kerajaan baru.
Oleh itu, bagi memastikan bahawa seseorang pemerintah itu selamat daripada penentangan rakyat, lawannya perlu diberi hukuman yang begitu berat sehingga peluang lawannya bangkit semula untuk menentang pemerintah adalah sifar.
16hb Ogos 2018
oleh: Pena MZR
No comments:
Post a Comment