Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 16 August 2018

Perang Ekonomi di Istanbul

Baiklah!

Atas level seorang rakyat Malaysia yang menetap di İstanbul Turki dan melihat setiap detik krisis ini dengan mata kepala sendiri, Ayah ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama membantu Turki di dalam PERANG EKONOMİ yang sedang Washington lancarkan ke atas İstanbul sekarang.

1.  Perkara pertama yang anda perlu buat adalah menukar sebanyak mungkin matawang asing yang ada di dalam tangan anda kepada Turkish Lira. Untuk yang belum kenal bagaimana lambang yang represent Lira, ini adalah lambang Lira 👉 '₺'

2.  Pertukaran anda ini akan membantu mengukuhkan kembali nilai 1 Lira yang lebih seminggu lepas adalah bersamaan 80sen Malaysia. Sejak serangan Washington, Lira telah drop sejauh 59sen, paling teruk dalam tempoh dua dekad ini.

 3.  Komuniti yang paling aktif dalam membantu Turki ketika ini [mungkin kerana nostalgia purba mereka yang pernah lama bernaung di bawah  pemerintahan Turki Ustmaniyyah] adalah bangsa Arab kawasan Teluk. Kuwait adalah yang paling mula-mula sekali membantu. Sejak hari pertama krisis minggu lepas, rakyat Kuwait telah berbondong-bondong beratur di money changer mereka untuk membeli Lira [rujuk gambar-gambar].

5. Bangsa Arab jugalah yang paling ramai beratur di outlet-outlet seluruh İstanbul sekarang. Dengan kejatuhan Lira, mereka mengambil peluang ini dengan memborong sebanyak mungkin barangan-barangan berjenama di Turki. Namun, Erdoğan memandang positif perkara ini. Pesan sang Presiden, "Layani pelancong-pelancong Arab ini sebaik-baiknya. Kerana mereka mempunyai Dolar & Euro." Setiap pertukaran yang mereka lakukan, akan sangat-sangat membantu menstabilkan kembali nilai Lira.

6. Jika anda was-was dan merasakan bahawa usaha anda ini mustahil akan membantu - Emir Qatar telah membuat investasi sebanyak 15 billion USD kepada Erdoğan dan Turki semalam. Tindakan bijak Emir Qatar ini terbukti berhasil apabila nilai 1 Lira melonjak kepada 69sen Malaysia selepas investasi itu berlaku [saat catatan ini ditulis, nilai Lira adalah bersamaan 68sen Malaysia].

 7. Krisis ini adalah real!!! İni bukan main-main. Atas level pengalaman peribadi - Jumaat lepas, ketika serangan Washington ini mencapai titik klimaks-nya, semua Döviz [money changer] di seluruh İstanbul sekelip mata menutup pintunya dan berhenti beroperasi. Bank-bank Turki tidak lagi membenarkan sebarang currency trade di dalam sistem mereka. Ustaz Alang Mohd Firdaus Madzlan yang mendarat di İstanbul Atatürk Airport ketika itu melihat sendiri bagaimana Döviz-Döviz di Airport semuanya tutup. Bahkan, İmam Abdullah Turki datang sendiri ke rumah Ayah demi menceritakan hal tersebut di samping berpesan agar memboikot segala barangan Amerika buat masa ini.

 8.  Pesanan İmam itu adalah bertitik tolak daripada galakan Erdoğan sendiri apabila beliau menyarankan agar rakyat Turki berhenti membeli produk elektronik Amerika dalam salah satu ucapan terbarunya. Turki sendiri akan lebih mempergiatkan industri pembuatan mereka.

9. Anda kena ingat! Turki adalah kubu terakhir umat İslam ketika ini. Ketika Trump mengumumkan Jurusalem sebagai ibu negara İsrael, siapakah yang bersungguh-sungguh memanggil dan mengumpulkan semua pemimpin dunia İslam untuk bersidang di İstanbul demi menyatakan bantahan kepada tindakan sembrono Amerika itu? Tidak lain dan tidak bukan - adalah Recep Tayyip Erdoğan!

10. Mantan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib, turut dihubungi Erdogan melalui panggilan telefon peribadi - menunjukkan bahawa jemputan itu adalah sesuatu yang serius. Jika Turki kalah dan jatuh müflis dengan serangan Washington kali ini, anda rasa, siapakah pemimpin Dunia İslam sekarang yang mampu untuk buat perkara yang sepertinya? Tidak ada! Maka, jelas lah kita sangat-sangat memerlukan Turki untuk terus kuat seperti biasa.

10. Jadi, masanya memang telah tiba untuk anda memberikan bantuan! Jika anda mahu kubu terakhir umat İslam ini kukuh kembali,  tukar semua matawang asing di dalam simpanan anda kepada Lira. Jika anda tidak punya Dollar atau Euro untuk ditukar, Ringgit pun anda boleh gunakan untuk membuat pembelian ke atas Lira. Sudah cukup kalau setiap seorang rakyat negara Malaysia yang berpopulasi lebih 30 juta itu menukar sebanyak RM100 seorang kepada Turkish Lira.

11. Dan yang paling penting - hubungi Mak dan Ayah anda dan terangkan kepada mereka dengan cermat perkara ini. Tanyakan kepada mereka adakah mereka menyimpan Dollar & Euro. Jika ada, rayu kepada mereka supaya menukarkannya kepada Lira dengan segera.

12. Generasi İbu & Ayah kita ini adalah golongan yang paling banyak menyimpan matawang asing kerana mereka saban tahun melancong ke luar negara. Selama Ayah hidup di İstanbul ini, golongan pelancong yang paling banyak Ayah temui adalah mereka yang berumur 55 ke 75 tahun dan ke atas ini lah. Semalam saja, lebih 20 orang dari kalangan generasi ini yang Ayah santuni di sini. Generasi tua ini mempunyai kuasa yang sangat leluasa, dan ini lah masanya untuk kita gunakan kekuatan mereka.

13. Jangan terpedaya dengan mereka yang berpesta dan bergembira dengan kejatuhan Lira saat ini, kononnya rakyat Malaysia akan lebih seronok untuk melancong ke Turki kerana nilaian Lira sekarang adalah lebih murah. Jika krisis ini berlanjutan, harga barangan di Turki akan mencanak-mencanak naik, bahkan harga barang boleh jadi lebih mahal daripada sebelum ini. The inflation will take its place, guys!

14. Tukar matawang asing anda sekarang dan upload gambarnya ke dalam FB seluas-luasnya. Biar satu Malaysia tahu tentangnya pun, tidak mengapa! Tindakan anda itu akan memberansangkan orang lain untuk mengambil tindakan yang sama. Tag Ayah! Dan Ayah akan share posting anda tersebut seluas-luasnya. Sosial media adalah senjata yang paling ampuh untuk digunakan saat ini.

15. Anda kena bantu kubu terakhir umat İslam ini dengan setiap titikan darah yang anda ada. Jangan sesekali membiarkan ia diganggu gugat. Rebahnya Turki saat ini menandakan tersungkurnya umat İslam di akhir zaman. Selama ini, Erdoğan telah bersusah payah berjuang untuk menjatuhkan sistem sekular di Turki sehingga İslam di Turki telah kembali pulih seperti sekarang. Tetapi, setelah İslam di Turki kembali mekar, Erdoğan terpaksa pula berhadapan dengan serangan dari Barat yang tidak putus-putus menyerang. Lalu, marilah buat kali ini, bantuan dari Nusantara pula yang kita hantar datang!

Tukar semua matawang asing anda ke pada Lira. Beli Lira dengan sebanyak-banyaknya. Jangan risau! Wang Lira yang bakal anda simpan itu akan anda gunakan kembali di Mekah & Madinah ketika Haji & Umrah.

------
Mehmet İzudin Gül
Eyüp Mahallesi, İstanbul, Turki.
------

[Sila sebarkan!
Tak perlu minta izin untuk share.
Hanya mention seorang kawan di ruangan komen.👇
Dan tukar RM100 anda kepada Lira.]

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...