Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 7 August 2018

PERHIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK DATO’ SRI NAJIB RAZAK ESOK (8 Ogos 2018) 8.00 PAGI MAHKAMAH JALAN DUTA

PERHIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK DATO’ SRI NAJIB RAZAK ESOK 8.00 PAGI MAHKAMAH JALAN DUTA

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Esok, Kerajaan Regim DAP dijangka akan melakukan 3 lagi pendakwaan ke atas Dato’ Seri Najib Razak membabitkan tuduhan pengubahan wang haram. Tiga tuduhan itu dikatakan mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001.

Ini jelas membuktikan bahawa, Kerajaan Pakatan Harapan masih gagal mencipta bukti keatas fitnah bahawa Dato Sri Najib telah mencuri duit 1MDB sebanyak RM2.6b.  Mereka fikir dengan menambah tuduhan ke atas Dato’ Sri Najib berhubung duit UMNO yang mereka rampas beserta barang kemas dan perhiasan yang kebanyakkannya merupakan hadiah yang diterima oleh Dato Sri Najib, Datin Sri Rosmah dan ahli keluarganya akan mengekalkan persepsi buruk rakyat terhadap Dato Sri Najib dan keluarganya.  Amat jelas sekali, kehilangan 9000 undi dalam pilihanraya kecil Sg Kandis masih gagal memberikan pengajaran kepada Kerajaan Pakatan Harapan bahawa rakyat mula muak dengan politik fitnah yang mereka mainkan.

Kerajaan Pakatan Harapan kini dilihat sama haprak seperti kerajaan Amerika yang masih mengekalkan undang-undang yang bercanggah dengan hak asasi manusia.  Apabila sudah tidak mempunyai bukti untuk mendakwa Low Taek Jho, Reza Aziz, Khadem Al Khubaishi dan Muhammad Badawi dibawah kanun acara jenayah, kerana kononnya telah mencuri duit 1MDB, DOJ akhirnya mendakwa mereka menggunakan Akta Kleptokrasi yang meletakkan beban untuk membuktikan harta itu diperolehi secara halal kepada pihak yang dituduh, bukan yang menuduh.

Apabila Kerajaan Pakatan Harapan gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa fitnah yang mereka reka sebelum pilihanraya adalah benar, walaupun sudah 90 hari memerintah, Pakatan hanya mampu menambah pendakwaan berdasarkan harta yang mereka rampas selepas PRU14. Saya tidak fikir rakyat Malaysia terlalu bodoh untuk membezakan tuduhan yang menyebabkan Dato Sri Najib kehilangan majoriti di parlimen dengan tuduhan berkaitan penemuan baru yang sekadar untuk menunjukkan ada pendakwaan dilakukan ke atas Dato Sri Najib.

Jika pihak berkuasa mengeledah rumah Tun Mahathir dan anak-anaknya selepas PRU lepas, sudah pasti lebih banyak aset yang mereka akan jumpai dari keluarga berstatus billionaire  ini dan sudah pasti lebih banyak pendakwaan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001 yang boleh dibuat.

Sehubung dengan itu, saya menyeru kepada semua NGO dan Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, marilah sama-sama kita turun untuk memberikan sokongan moral kita kepada Dato’ Sri Najib esok 8/8/2018 jam 8.00 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Lokman Adam
Pemantau Malaysia Baru
0123320000

P/S : Mohon disebarkan.  NGO lain yang mahu menyertai perhimpunan ini atau Individu yang mahu bersama boleh terus hadir esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Bagi mengelakkan sebarang cubaan untuk mensabotaj usaha Gerakan Kebangkitan Rakyat ini, HANYA SATU MEDIUM BERHUBUNG YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENGHANTAR BERITA YANG TEPAT. SILA DOWNLOAD TELEGRAM DAN SERTAI CHANNEL SAYA : https://telegram.me/lokmanadam

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...