Saya hormati kebolehan YB Dr Maszlee Malik untuk memegang jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Namun rakyat pastinya menagih janji YB yang bertekad untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran universiti. Yang membuat kami TERKEJUT apabila YB menerima jawatan Presiden UIA, pada masa sama Setiausaha Politik YB pula dilantik Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia.
Saya petik kenyataan Dr Maszlee dalam satu temuramah bertarikh 7 Jun 2018:
“This is a new era. I will make sure that the Pakatan Harapan (PH) government will never misuse universities for political interests... this includes me."
(“Ini merupakan era baru. Saya akan pastikan Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan sampai bila-bila memperalatkan universiti untuk kepentingan politik...ini termasuk diri saya”)
Kotakan janji YB. Lantiklah tokoh cendekiawan yang dihormati rakyat untuk mengemudi universiti dalam era Kerajaan Baru ini.
No comments:
Post a Comment