Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 23 September 2018

Jika ada moral, akhlak yang tinggi, hutang mesti bayar - Dr. Maszlee

'Apapun manifesto kata, kalau dah pinjam kenalah bayar'

Kementerian Pendidikan meminta pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang agar tidak berterusan mengaitkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata ini kerana setiap peminjam apa sekali pun, mereka perlu melunaskan hutang berkenaan termasuk dituntut di dalam Islam.

"Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.

"Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Siputeh di Kodiang, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Abd Aziz Selaiman dan para pegawai kanan kementerian.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tiga hari lepas kesal terhadap sikap tidak amanah peminjam PTPTN yang menjadi punca jumlah tunggakan hutang pembayaran balik pinjaman tersebut menjangkau sehingga RM36 bilion.

Mahathir berkata kebanyakan daripada peminjam telah mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang tersebut.

Manifesto HARAPAN pada kempen pilihan raya umum lalu menyebut untuk menangguh pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 kebawah sebulan. - Bernama

© 'Apapun manifesto kata, kalau dah pinjam kenalah bayar' - Abu Leman



Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and text


Image may contain: 4 people, people smiling, text


Image may contain: 1 person, text

Munafiq itu sangat pandai berkata-kata, sangat pandai bermuka-muka, dan licik mempergunakan segala peluang yang ada untuk menonjolkan dirinya...hakikatnya, dia tidak sangkakan yang ramai telah mengetahui tentang hakikat diri kemunafikannya walaupun yang ramai itu berlagak naif.  Akhirnya sang munafik akan jatuh kerana kelicikan dirinya sendiri...


Image may contain: text

Munafik
Bila berkata ia dusta ;
Bila berjanji ia ingkat ;
Bila dipercaya ia khianat.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...