Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 23 September 2018

Mahasiswa desak PH tunai janji tangguh bayar PTPTN



PETALING JAYA: Selepas tiada perkembangan terkini mengenai rancangan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Nasional (PTPTN) untuk peminjam berpendapatan RM4,000 ke bawah, mahasiswa akan menggerakkan petisyen mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan janji mereka.

Aktivis pelajar Anis Syafiqah Yusof berkata, pihaknya akan terus mendesak agar kerajaan PH menunaikan janji mereka dengan kadar segera.

“Segera laksanakannya memandangkan kebanyakan graduan bergaji rendah.




“Masih ramai juga yang tidak mendapat peluang pekerjaan untuk membayar hutang PTPTN,” katanya kepada FMT hari ini.

PH dalam manifesto pilihan raya 9 Mei lepas berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman kepada semua peminjam bergaji kurang RM4,000 sebulan.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan pada 18 Julai berkata pihaknya tidak tahu bagaimana mahu melaksanakan rancangan menangguhkan bayaran pinjaman pendidikan yang dijanjikan itu tanpa data gaji peminjam.




Wan Saiful turut meminta 1.3 juta peminjam mengemaskini data pendapatan masing-masing dangan badan itu.

Mengulas lanjut, Anis berkata jawapan “cliche” masalah kewangan negara sepatutnya tidak menjadi alasan yang berterusan oleh pihak kerajaan untuk tidak menunaikan janji.

“Inisiatif seperti memastikan peminjam PTPTN yang bergaji tinggi dan tiada masalah kewangan agar melangsaikan hutang perlu diambil perhatian serius supaya golongan yang kurang berkemampuan tidak terbeban,” katanya. - FMT

© Mahasiswa desak PH tunai janji tangguh bayar PTPTN - Abu Leman

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...