PENGAJARAN DAN PERINGATAN UNTUK KERAJAAN PH DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Oleh Dr. Mazlan Mahmud
"Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab/siksa kepada mereka..." HR Ahmad.
Begitulah bunyi suatu hadith untuk peringatan kita. Kejadian tsunami diPalu pada 28 September telah mengorbankan 1763 orang dan mencederakan hampir 2600 orang. Seramai lebih 5,000 orang masih belum dijumpai. (AstroAwani 8 Oct 2018). Semoga Allah memberi kesabaran kepada penduduk-penduduk Palu yang sedang diuji. Allah sahaja yang tahu apa punca sebenar bencana itu. Berpandu kepada hadis di atas, bencana mungkin diturunkan oleh sebab maksiat yang berlaku. Ada yang membuat andaian banyak pesta-pesta kemungkaran berlaku di Palu. Tempat. maksiat, pesta Ladies Night dan upacara kurafat Balia (pengubatan secara menghanyutkan ayam atau kambing kelaut) telah diviralkan sebagai elemen-elemen yang mungkin mengundang kemurkaan Allah.
Dan apakah bencana yang sama tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku di Malaysia? Cuba kita renung kembali pesta arak pada 14 Oct 2017 (October Fest) yang dilulus oleh Lim Guan Eng dengan angkuhnya diPulau Pinang setelah gagal dianjurkan di KL dan Selangor. Tapi Allah lebih berkuasa dari Lim Guan Eng dan kita dapat lihat betapa Lim Guan Eng gementar apabila pada 5 November 2017 Allah menurunkan hujan ribut selama 17jam yang mengakibat banjir terburuk, mengorbankan 7 orang, danvmenenggelami ribuan rumah (Sinar Harian 28 Disember 2017). Mungkin ramai berpendapat itu hanya kebetulan saja dan tidak ada sangkut paut dengan pesta arak. Tetapi kebanyakan kita umat Islam melihat itu sebagai peringatan dari Allah mungkin atas kemaksiatan yang berlaku seperti yang tertera dalam hadith di atas.
Octoberfest adalah satu pesta arak tahunan yang diadakan tiap-tiap bulan Oktober. Dan amat dikesali Khalid Samad sebagai Menteri WP telah meluluskan pesta arak untuk 2018 tanpa memikirkan sensitiviti 63.7% umat Islam di Malaysia. Orang bukan Islam boleh meminum arak tetapi kenapa perlu buat pesta di negara majoriti umat Islam seolah-olah orang Islam merestuinya. Permintaan segelintir peminum-peminum arak diluluskan sedangkan bantahan majoriti tidak diendahkan. Kemungkinan Octoberfest untuk tahun 2019, 2020, 2021, 2022 akan terus dilulus oleh kerajaan PH. Oleh itu saya menyeru kerajaan PH supaya memikirkan bantahan dan kebimbangan umat Islam majoriti dan jangan hanya menyebelahi golongan minoriti. Adakah kerajaan PH lebih mementingkan segelintir peminum2 arak dari 63.7 % golongan Islam? Mereka boleh minum di rumah atau di hotel, tetapi kenapa mesti berpesta? Apabila kita memberi ruang untuk pesta arak, LGBT dan lain-lain kemungkaran akan meminta hak mereka untuk berpesta juga. Apabila pesta maksiat berleluasa, dibimbangi Allah akan menurunkan azab kepada kita semua di Malaysia.
Selama ini hanya Indonesia yang terkena tsunami dan gempa bumi dan kita di Malaysia masih selamat. Tetapi tanda-tanda gempa bumi sudah pun terdapat di Malaysia. Pada 16 Jan 2017, gegaran di Sumatra dapat dirasai disekitar Lembah Klang. Dan saya sendiri pernah terasa gegaran semasa melawat kawan diKlang pada bulan Mei 2008. Dalam satu artikel, seorang penulis menjangkakan Danau Toba iaitu tasik volkanik terbesar didunia boleh melimpahkan airnya yang berukuran 100km x 30km pada ketinggian 3000 kaki dari paras laut sekiranya gunung berapi itu meletup atau sekiranya gempa bumi besar berlaku disekitarnya. Ini boleh menyebab satu tsunami besar yang boleh menenggelami seluruh Lembah Klang. Kita berdoa semoga Allah menjauhkan kita dari azab sebegitu. Tetapi seandainya kita rakyat Malaysia terus membiarkan pesta maksiat dan kemungkaran berleluasa, maka dibimbangi apa yang dicerita dalam hadith diatas tadi mungkin akan berlaku keatas kita di Malaysia. Semoga umat Islam di Malaysia dan kerajaan yang berkuasa melulus sebarang kemungkaran yang dimurkai Allah mengambil iktibar dari bencana-bencana disekeliling kita.
Dr. Mazlan Mahmud
12 Oktober 2018
p/s : Luahan Dari Rakyat Bagi Suasana Malaysia Baharu (konon)
"Bak kata seseorang, orang kafir tidak perlu buat kerja banyak untuk melemahkan Islam, kerana barua-barua yang beragama Islam sudah buat kerja untuk orang kafir.
Aku setuju. Lihatlah sekarang. Betapa ramianya barua yang ada.
Bunyi barua macam kasar, tetapi sesuai untuk mereka."
p/s : Luahan Dari Rakyat Bagi Suasana Malaysia Baharu (konon)
"Bak kata seseorang, orang kafir tidak perlu buat kerja banyak untuk melemahkan Islam, kerana barua-barua yang beragama Islam sudah buat kerja untuk orang kafir.
Aku setuju. Lihatlah sekarang. Betapa ramianya barua yang ada.
Bunyi barua macam kasar, tetapi sesuai untuk mereka."
No comments:
Post a Comment